BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, July 28, 2009

N.A.T.R.A.H - ISLAM, LAWS,LOVE

td aku tgk program hujah tv9.jarang tgk sbb prog 30min, iklan je yg lebih.dh syok2 kite fokus ngan ape yg dihujahkan, terus terbantut..hmmm.tp utk ari ni mmg aku tunggu sbb dia bincang psl kes Natrah; rakyat belanda yg beragama islam sms dibela oleh keluarga angkat Che Amina di Terengganu, tetapi terpaksa diplgkan kembali kpd keluarga asalnya. ms sekolah dulu aku ghajin follow cerita ni kat dwn masyarakt yg dikaji n ditulis oleh wartawan Datin Fatini. nape aku berminat, aku pun x pasti tp aku mmg suke membaca cerita2 sebegini, kisah hidup seseorg mcm aku suke buku 'seteguh tekad' oleh Prof Sidek Baba (Cikgu Sidek-UIAM). buku ni lah yg memberi inspirasi utk aku berusaha n tekad mencapai matlamat aku-PhD.

ok, back to story of Natrah.ahli panel td Datin Fatini n Prof Dr Zaleha (Dean, AIKOL, UIAM). aku suke perbincangan n apa yg dihujahkan. kite bkn nak berckp psl cinta Natrah pd Mansur Adabi yg dikahwininya pd usia 13 thn, tp kite mahu berckp ttg undang2. undnag2 yg kita gunakan skrg adalh bergntg kpd undg2 penjajah.knp mesti dirujuk bulat2 common law mereka? maaf, aku bkn arif psl law ni tp aku agree ngan ape yg Prof Zaleha ckp..knp kte x wujudkan common law yg sesuai dgn masy kite??? kite dh lama merdeka, tp masih amalkan undng2 yg aktanya wujud sejak sblm merdeka lg...

apa yg menariknya isu Natrah ni, ia telah memberi impak yg besar kpd masyrakt melayu - islam kite pd masa tersebut kerana ingin mempertahankan Keislaman Natrah.org melayu masa tu x nak Natrah diserahkan kembali kpd keluarga asalnya di Belanda sbb x nak Natrah murtad. apabila mahkamah memutuskan Ntarah perlu kembali kpd keluarga asal, org kite memberontak sehingga ada yg terkorban (x silap aku 18 org). Nah, org dulu mmg amat sensitif isu ini sehingga sanggup berkorban nyawa mempertahankan Islam, tp kite tgk skrg, brp byk kes Murtad yg berlaku dan kite hny mampu mendiamkan diri.seolah2 org melayu sekrg dgn rela diri minta dimurtadkan (na'uzubillahi min zalik).kes Lina joy terutamanya, siapa yg tutup mulut? dimana silapnye undang2 yg kite rujuk tadi? undang2 ini bergantung kpd law of the land.mcm kes Natrah cthnya, disebabkan perkahwinannya dgn Mansur berlaku di Singapura, jd undang2 di sana tidka menetapka die perlu ikut suami, jd terpaksalah Natrah akur pulang ke Belanda meninggalkan Mansur yg amat dicintainya. sungguhpun di sana beliau telah berkahwin dgn lelaki lain, ttpi ingatannya pd Mansur ttp kekal abadi sehingga hayat beliau kerana menurut beliau, tiada lelaki lain yg setulus n sesuci Mansur.

kite selalu mengumpamakan kisah Natrah ini sehingga ada ungkapan 'jgn ada Natrah yg lain lagi'. kisah ini juga begitu signifikan dgn pelajar2 undnag2 di negara kita sbg sumber rujukan dan perbandingan.

...kataku:jgn ada natrah yg lain, jgn ada baizura yg lain n jgn ada azlina jailani yg lain ...

"Sesungguhnya Islam adalah Agamaku"

Sunday, July 26, 2009

"shopping therapy"

semlm aku g wat 'therapy' kat jusco n parkson. hehe..meaning of shopping therapy to me is when i can buy things that i really need n can be expensive sometimes...x selalu aku wat cam ni.feel ni akan dtg dlm 2-3 bln sekali je.or bile aku rasa aku perlu rewards dri sendri bile dh smpi target.cthnya br2 ni aku dh siapkan repot dana galakan n a bit of my bab 3 thesis. alhamdulillah. org nmpk aku cam ade masa berblog, fb, email, jln2..tp tu le cr tuk aku krgkan tekanan.aku nak persekitaran aku ceria spya aku dpt menulis ngan lbh baik dr semasa ke semasa. ni juga adlh slh satu social support utk aku.hehe

so, ptg smlm aku g jusco kinta city.aku juz masuk the body shop n jusco je.kat jusco x beli ape.tp kat bdy shop aku beli bath gel favorite aku.tgk2 ade sale 25% utk gel tu, aku pun mmg terus beli le.3 bln lps aku dh beli tp tinggei kat kajang.so bila kat kg ni x berpolish le aku.haha...then, tgk2 item lain yg sale, aku beli le lg yg lain, sabun mandi yg ada wasabi, mask n unclog gel.eh lagi 1, deodorant. aku suke brg2 mandian kat TBS, tp perfume aku dh x beli kat cni sbb aku dh jumpe brand yg aku dh falling in luv. so kat cni aku spent x lbh dr budget (syyyyyyy...)

antara yg dibeli..ye huuu

after dat, went to parkson sbb aku nak cr recorder.actually aku dh ade yg jenis mp3 utk record interview even aku dh guna pun tuk research dana galakan sblm cuti bljr, n guna peruntukan dana ukm pun..tp sbb aku nak yg lg clear, aku cr le jenis sony.lgpun tuk yg kali ni pun aku guna duit peruntukan research gak.so aku beli le yg mahal2 ckit.hehe..mula2 tu jenuh gak pusing dlm bangunan parkson, lastnye jumpe gak kedai sony.byk lak pilihannya.mula2 aku igt nak amik yg basic je.x yah ade mp3 ni. tp bile tgk specifications yg basic x leh connect kat pc, so aku amik yg agak de latest gak.rega RM469.ada pilihan colour, silver n pink, tp aku pilih silver je.pink ni nmpk cute cuma kureng elegance.hahaha...dh beli tu br rasa berdebar2 sbb aku rupenye dh nak collect data utk phd research...mcm2 yg aku fikirkan, nti senang ke aku nak dptkan responden, mcmane agaknya responden aku nti,dh abis data collection nti senang ke lak tuk aku analyse?aku hny mampu berdoa n terus berdoa smg ia dipermudahkan.amin amin amin...

my new voice recorder..gud luck for me!!!

lama gak aku kluar,apatah lg nti aku sorang2 je kat rumah mlm tu sbb parents ade dinner kat gerik,so, lps isya aku g mkn steamboat lak kat tg rambutan.sedap gak rega pun affordable. dh mkn terus blk n smpi umah dlm kul 10.30mlm. mandi, siap polish lagi, then pki masker. wah besnye dpt manjakan dri.walaupun kepenatan tp aku seronok n puas sbb aku dpt apa yg aku nak. smg ALLAH BERKATI REZEKI.amin amin amin. aku masuk tdo dlm kul 12tgh mlm, tu pun tdo kat sofa bed kat hall bwh.igt nak tunggu parents tp deme balik pun aku x sedo.terjaga kul 2pg br terigt kat deme dh smpi ke blum. bile tgk lampu living hall dh berttp means deme dh selamat smpi le.aku pun terus continue tdo..hehe

Friday, July 24, 2009

kebajikan warga terpinggir

tadi aku tgk u-wartawan kat astro awani.selalu terlepas tp dpt gak tgk ulangannya.huhu..td isu yg dibincangkan adlh mengenai kebajikan warga terpinggir.hmmm..ms mula2 tgk topic ni kat facebook u-wartawan, aku confuse, siapa glgn warga terpinggir yg dimksdkan?they can be warga tua, papa kedana, mentally ill patients, OKU n etc??? dlm topic ni yg dibincangkan adalh warga terpinggir golongan pesakit mental...hmm..menarik utk dibincangkan n dikaji. panel jemputan adlh dr Malaysian Care. bdn NGO yg amat aktif dlm isu2 kebajikan xkira golongan mana. aku pernah deal dgn dorang masa nak carikan penempatan pt HIV yg aku in charge ms aku praktikal kat PPUM. volunteers dorang very committed n yg sedikit kecewanya most of them are Christiant.hmm..

k, lah, aku bkn nak ckp psl dorang, aku nak ckp psl golongan terpinggir ni. ada komen/pendapat td yg aku rasa bernas dan x bernasnya.ye lah, may b yg bg pendapat bkn org2 dr bidang social sciences or more specific social work. td ada someone yg bg pendapat utk tempatkan pesakit2 mental di 1 kwsn atau 1 perkampungan yg semuanya adlh pt mental. nmpk mcm boleh diterima pakai tp kita kena tgk dr pelbagai sudut.may b hal ini boleh diaplikasikan ms zmn sblm merdeka.tp zmn skrg kite sdg menuju ke arah 'mengkomunitikan masyarakat' yakni, komuniti terlibat sama dlm membantu glgn terpinggir spt mereka. jika kita tempatkan mereka di 1 tempat atau institusi, adakah masyarakat akan sedar akn tggjwb masing2? cthnya dgn menghantar org tua ke institusi penjagaan warga tua. tren skrg, semakin ramai yg menghantar ibu bapa mereka ke tmpt2 sedemikian. tetapi, adakah dgn cara ini, anak2 boleh sedar ngan tggjwb mereka??? rasanya, anak2 akan lps tgn je (na'uzubillah). sbb itu negara2 maju spt jepun, UK, aussie n USA, mereka tdk menggalakkan lagi 'INSTITUSI' ini. dan di sana telah wujud community care policy. dan kite sedikit demi sedikit sdg menuju ke arah itu. cth terbaik setakat ini adlah Pusat Pemulihan Dlm Komuniti (PDK) yg diuruskan oleh komuniti setempat khusus utk OKU. konsep ini kite bljr dr Jepun dan dipantau oleh JKM.

mmg x dpt dinafikan terdapatnya kekurangan di PDK sbb kekurangan tenaga pengajar utk melatih OKU spt kanak2 ADHD dsbgnya, tetapi konsep sebeginilah yg secara x lgsg membantu komuniti lain yg tidak mempunyai anggota keluarga OKU utk sedar ttg keperluan OKU, menggalakkan integration, destigmatization, mengurangkan dependency OKU kpd penjaga, mengembalikan OKU kpd masyarakat dan memulihkan kefungsian sosial OKU dan keluarga mereka. jika kita amati konsep ini dr semasa ke semasa, kite dpt lihat kesedaran masyarakat Malaysia ttg OKU ini, baik dr segi kemudahan mereka, insentif, bantuan dll. 1 perkara yg aku dpt tgk adalah dr segi Akta dimana Akta OKU diwujudkan pd thn 2008. nah, ini menunjukkan bhawa kita dh sedar kehadiran mereka dlm masy kite.

so, aku menghrpkan agar akan wujud lg akta2 lain yg lebih spesifik utk golongan wrga terpinggir ni. mcm aku terutamanya lebih berminat dgn social health care n community care policy yakni aku melihat keperluannya policy ini di malaysia dgn peningkatan glgn2 ini terutama glgn pesakit kronik spt stroke, injury (SCI) n cancers. yg mana glgn pt ini memerlukan penjagaan rapi yg berterusan di rumah. keluarga yg menjaga pt ini memerlukan kerjasama atau bantuan sosial drpd komuniti setempat spya dpt mengembalikan pt kpd masyarakat. bknnya tohmahan, segregation, isolation yg mereka mahukan. :)

Wednesday, July 22, 2009

H.A.P.P.Y

ari tu aku rasa sedih bangat..n today im so happy .ALHAMDULILLAH. tu ler, idup kite ni ada psg surutnya. terpulang kpd sejauh mana kite melihat sesuatu yg berlaku tu. dan inilah lumrah idup kite..bg aku yg berstatus 'student', kegembiraan n keceriaan adalah sumber perangsang utk aku menulis dgn lbh baik, mengarang dgn lebih sempurna. namun aku ttp tdk boleh lari dgn kesedihan.sekadar aku boleh mohon kepadaNYA agar perjalanan study ku sentiasa dipermudahkan, diberi ILMU yg BERMANFAAT, berfikir secara lebih kritis agar aku dpt menyumbangkan sesuatu kepada AGAMAKU...

hepi sbb satu demi satu tugasan ku selesai n aku leh fokus pd STUDY ku. .. semoga CAHAYA KEBAHAGIAAN SENTIASA BERSAMA NUR SAADAH hehe kiki

Monday, July 20, 2009

melancholic

mlm ni aku rasa sayu je..sedih...huh.aku x suke perasaan ni. benci!!! dh lame x der perasaan mcm ni ..uwa!!!!

ALLAHHUMMA INNI A'UZUBIKA MINAL HAMNI WAL HAZAN, WA 'AZUBIKA MINAL 'AJLI WAL KASAL, WA 'AZUBIKA MINAL JUBNI WAL BUGHL, WA 'AZUBIKA MIN QALABI TID DAINI, WA QAHRI RIJAL..AMIN AMIN AMIN

walaupun perasaan ni menerjah tp aku akan ttp study.jgn dilayan, nti mkn diri..chaiyok!!! :):):)

Sunday, July 19, 2009

Lekir - Teluk Batik - Sg Bakap - Queensbay


salam...this previous weeken was very bz.huhu..bkn bz ngan Phd ku tp berjln2. ari sabtu pg after breakfast mee kicap (sedap weh!!!) kat chemor, aku n family termasuk family kak long aku, g ke lekir. ada kenduru aqiqah anak buah aku yg kecik (fawwaz). wat kat parents in law abg aku. lama gak kat sana smpi kul 3 lebih.lps tu adik aku aqib ajak g teluk batik.dr lekir ke TB x jauh, dlm 20 min dh smpi.aku pun rs dh lama x tgk laut (love laut very much!), setuju le.
disebbkan unplanned prog, kak long ku terpaksa beli baju tuk anak2 die m
andi.haha..bkn main seronok lg deme mandi.yg si kecik faizzati, as usual penakut air.tp aku paksa gak die berendam jap dlm air.jd le dlm 1 min berendam. aku ni ngan pki bj kurung, berjln kat gigi air je...aku mmg suke laut tp x suke mandi laut.haha
Faizzati kena paksa berendam
adik ku kena tanam ngan ank2sedara
Italic SUBHANALLAH, cantiknya CiptaanNya
tgh menikmati suasana laut
adikku menjaga anak2 sedra

aku yg dh gomuk..:(

blk ke sg siput dlm 5
.30ptg n smpi pun dh mghrb. mlm tu mmg aku plan nak study n prepare for lecture notes..dh siap2 minum a cup of coffee.agaknya disebbkan kepenatan driving, kul 10.30 aku dh tdo.mmg x leh tahan sgt mata ni.

ahad pg tu bgn, terus kemas umah yg bersepah sgt2 dikerjakan oleh anak2 buah aku (naik tanduk aku ngan deme). dlm kul 12.30tghari, bergerak ke sg bakap, ada kenduri adik ipo sepupu aku. x le rpt beno tp kenai le gak n selalu jumpe. w.siah n family pun ada kat sana, ye la, besannye wat kenduri.dh kami abis mkn, pak sedara aku yg kat penang (chu) pun smpi.ms tu mmg kitaorg dh nak balik dh tp bkn terus blk ke SS, ayah ajak lajak ke queensbay.sblm smpi kenduru lg ayah dh pesan, jgn lama sgt kat kenduru, die nak g beli kasut kat sana.ari tu ms aku, mak n kak long g, ayah x g.cuma die dengo cerita kami yg kat sana beso n best..east india pun ade.kat ipoh x der. ayah aku kalu nak beli bj/pants east india, kena g kolumpo ler.huhu
smpi kat QB terus cr scholl.aku pun bkn biasa kat cni, redah aje.huhu..map kan ade.ms tgh tgu ayah pilih kasut, aku ngan mak dok le menunggu.x der niat pun nak beli pe2 sbb aku gaji pun x masuk lg.elaun pun x msk gak.hehe..dlm dok melangut tu aku terpandang iklan kasut dlm kedi scholl tu.kasut aku dijadikan gambo iklan.huhu..aku pun snap le kasut ku yg dh dibeli sethn yg lalu.masa tu aku giler kaler orange..huhu. ayah aku rupenye beli smpi 2 pasang..huhu.dh ke sana, g lak east india, ayah beli kemeja kaler oren2 gitu.mmg class taste ayah aku. aku ade berkenan 1 bag kat ctu tp memandangkan aku ni asyik beli beg je, ku thn gak nafsu ku. dh abis, kami terus blk..x nak aku jln2 lelama dlm tu, nti ntah pe2 aku beli.nasib baik iman ku kuat smlm.syaitan tewas ngan ku..haha
kasut ku..kesukaan ku
kuar dari situ, ayah ajak mkn kat tmpt kitaorg mkn dulu, hammer bay. mlm2 best le sbb tepi laut, angin laut terasa.ni g kul 6ptg, pns je la kan.hehe..mkn sotong grg tepung n satay je. dh tu terus balik.singgah solat kat juru. aku igt nak terus blk je sbb aku dh planned nak study gak mlm tu, rupenye ayah aku ajak singgah umah ank sedara die lak kat tmn kaya, tepen. g le gak. dh tu kami smpi SS dlm kul 10.30mlm. aku mmg kepenatan driving, n niat ku nak study mlm tu terbantut gak.tp apa2 pun, aku gembira dpt penuhi kehendak ayah ku.bkn senang nak berjln2 ngan ayah.sibuk meeting je memanjang. so pg ni, aku bgn awei tuk smbung study.STUDY SAMPAI AKU DAH RASA BETUL2 PUAS!!!

Friday, July 17, 2009

D.A.D.I.H

sekejap td aku tlg mak buat dadih...no no no..bkn tuk dijual tp tuk dibawa ke kenduri aqiqah anak sedara ku yg kecik; muhammad fawwaz anwar, kat lekir sok.buat kat umah parents in law abg aku. dah lame gak tak buat dadih ni, igt2 lupe. dulu masa aku br abis bljr kat UIAM, ade le gak wat dadih ni sekali-sekala, jual kat maahad ummah.masa tu abg aku jd ustaz kat situ. mmg boleh dikatakan ari2 buat. untung, ALHAMDULILLAH. peh tu, bile abg aku dh start JQAFF, stop.smpi le td br wat blk. td kitaorg wat 4 perisa; coklat, oren, sirap n yg plain. anak2 sedara ku (anak2 kak long ler)..esp yg kecik sekali,bkn main sibuk nak nolong smpi aku yg jd runsing.1st time aku marah die smpi die bulat mata tgk aku mrh..mana x nya, masa aku dok bubuh ais dlm box dadih, die sibuk nak amik ice cube tu, nk mkn mcm mkn gula2.dah tu abis basah baju n kembang lantai dapur.nti kang jatuh lagi..tp dh namanya bdk2, x mkn samannya..huhu.

selesai wat dadih, aku tgk nur kasih...shooting wat kat UIA lak tu..rindu betul aku ngan UIA. n proud to be xUIAM. ye lah, dr sek rdh aku mmg nak bljr kat sana, sbb tu smpi skrg aku syg kat UIA (may b lebih dr aku syg kat UKM)kiki. dh selesai tgk nur kasih, terus wat keje..ye lah, mlm smlm kan aku relax x wat keje, so mlm ni aku mesti wat gak. 1st task aku, edit questionnaires research group UM.dr dkt 2minggu dorang kasi, tp 2 minggu ni mmg aku byk benda yg nak disiapkan n submit.so, ari ni br berkesempatan n dah pun siap emailkan pd members yg lain. dh siap yg ni, br aku nak update blog. dh siap yg ni nti, aku nak prepare ckit utk lecture next wednesday. ari ni x leh tdo lmbt sbb pg sok dh nk g lekir. aku target, by 1 am aku dh boleh tdo.

ok, aku attach gambo2 dadih yg mak aku buat td.aku tlg ckit2 je...hehe.nak order boleh lah. mak aku ni lg 1 pakar masak rendang tok. dulu masa matriks uia, one of my fav english lecturer selalu order dr aku. Mr Mohamad Ali kalu x silap nama die..mana die skrg.terigt lak kat die..till then :)




1. agar2 yg sedang di masak
2. tuang dadih ke dlm bekasnya
3. tunggu sejuk br boleh ttp
4. kak yang n faizzati yg menolong huhu
5. bancuhan pertama yg dh siap
6. lastly dadih dah siap n disimpan dlm box utk bg beku n sejuk..nyum2)

Thursday, July 16, 2009

khamis yg agak merelaxkan

pagi ni aku yg konon2nya nk bgn kul 9.30pg terlajak stgh jam. sib baik terjaga gak.mmg aku x kunci jam tp aku pesan kat kwn suh die kejut aku.sbb tkt aku x terjaga walaupun byi.kdg2 tu, kalau dh ngantuk sgt, aku off kan alarm tp x sedo.huhu..rupenye kwn aku terlupe.hehe

biasanye aku akn wat solat dhuha tp sbb tkt x sempat nak pos repot sblm tengahhari, aku x wat td.lepas dh xerox kat kedai luqman dkt umah aku, terus g skynet kat rimba panjang. org tu ckp smpi ukm dlm kul 2 ptg sok.ok lah.aku terus call kak yati PA ketua jbtn aku kat ukm utk maklumkan n bgtau gak kat RO fac yg aku dh poskan repot. harap2 dr ariffin ketua jbtn aku terus endorse tnpa any correction.amin amin amin. research ni kirenye pilot study tuk PhD research aku.FSSK offer kpd pensyarah muda sbg galakan wat research.x byk pun, max RM3K yg kitaorg leh minta.so aku ngan kwn aku kak jana, ada minta.research pun kena tamat dlm tempoh 6 bln je.so memadai le ngan duit yg dpt kan. boleh le tampung.research tamat bln 12 ari tu dh..sblm start bljr.hehe..repot je yg lambat aku siapkan. huhu.dpt email last week br le risau kan.ngan nak apply ke jepun nye, ngan lecture nye, ngan thesis nye..last week mcm tense je tau..alhamdulillah..satu2 settled :)

lps ke skynet, aku g tmn perpaduan, tg rambutan sbb nak amik bisnes card aku order kat senior sekolah aku.bkn bisnes kad aku, tp kwn...haha.dr sana trs jumpe kwn n kasi kad tu.:).blk umah baru terasa lapo, mmg aku x mkn pe2 dr td, minum pun x.sib baik mak dh masak kan. td masa lalu kat che zainal igt nak beli bhun sup tulang kat situ, sedap gak,tgk2 tutup lak.org tu pose kot ari ni, tu yg x der buke.hehe. dh mkn ngan mak, kul 1.50pm terus amik anak2 buah, haiqal n fatin blk dr sekolah.lps tgk citer sekar, kul 3ptg br aku naik solat n br terasa ngantuk sbb x ckp tdo. kul 6pm br terjaga. mandi n tgk tv.mlm aku terus berinternet.wah bestnye..dpt berblogging ni...ilang tense.so, esok aku kena tgk thesis semula n prepare lecture notes utk family intervention lak..slmt mlm semua!!!

3rd day (15th July)

pg tu aku bangun cuaca mendung je..adus, mcm ni kalau selimut lg mmg le best.huhu..lecture ku pg ni kul 9.30 pg kat PPUKM.ngajo dak master in medical social work.kire junior aku le kan.hehe..so, kul 9 pg, aku menapak ke PPUKM sbb dkt je, jln kaki dlm 10 min dh smpi.nak bw kete pun ssh cr parking sbb sticker x der.kalu bw kete aku mmg dh ade sticker ukm so boleh le parking kat tmpt khas. nti kalu bw kete aku kena parking kat pgr tepi ppukm gak. baik x pyh..dpt gak aku exercise.kiki..sblm ni pun masa aku bljr kat situ, aku jln kaki gak dr umah w.siah, so, nape skrg x leh lak kan?haha


smpi ofis jabatan kesihatan masyarakat, aku submitted form claim n jumpe staff kat situ utk tlg printed out n xerox notes. aku knl pun die. ms aku bljr dulu, die dah pun keje kat situ.lps tu br aku ke kelas. sblm tu aku lalu dpn bilik Prof Rampal, supervisor research master aku.tgk bilik die bertutup, mesti die x der..kalau ader mesti terbukak ckit.so, x der le aku jumpe die walaupun niat tu dh ada. ok, dh aku smpi bilik kuliah, tgk gelap gelita..adus, aku ni silap tarikh ke?dh le br 1st day nak ngajo dorang. patah balik ke ofis n tnya staf td.die tlg call students, x berangkat. jam dh kul 10pg.rupenye students ada lecture kat edu block sblm tu.lecture abis lmbt n dorang pun kena menapak dr ujung A ke ujung Z..jauh gak.

dah masuk kls trs aku srh wat very quick intro. 9 org je pun, n semua perempuan.senang le ngajo cam tu.asalnya aku dgr 12 org new intake yg ni. wah ramai gak tp x leh challenge my batch, 15 org.batch2 lain mmg le ckit, 5 org le, 3 org, 2 org pun ada.sadis je..hehe. antara 9 org tu, sorang je yg betul2 keje sbg medical social worker kat hosp serdang, yg lain semua fresh graduates. 3 org were my students kat bangi, baru nak convo bln 8 ni. aku cuma ajar topic community intervention n family intervention. this week community intervention dulu, next week br family. ni kire ngajo sambilan..tmbh duit kocek ckit.huhu...2 topics ni di bwh subjek pengurusan kerja sosial perubatan yg mana aku score A tuk subjek ni dulu..ALHAMDULILLAH :P

aku abis lecture kul 11.30pg terus blk umah je. smpi tlg w.siah masak ckit n jaga rayyan. kul 1 lebih br mkn bile cousin aku yg keje kat mktb teknik balik lunch. lunch mkn nasi tomota.perghh..marvellous!!! hehe..adik beradik mak aku semua ghajin n pandai masak, smpi tang anak2 sume mls n x tau.haha. dh kenyang, ngantuk lak.terlelap masa tgk tv. kul 4 br bgn, mandi n solat n bersiap2 balik perak.yehuuuu!!!!!!

tunggu taxi nak ke kl sentral terus sbb beg aku berat ngan buku2 yg aku br amik dr umah kajang utama.tp pakcik taxi yg aku naik nak solat asar jemaah, so aku minta die anta ke stesen bdr tasik selatan.sengaja aku x nak naik lrt kat BTR sbb nti msti ramai org dh nak balik keje.x kose aku nk berebut.smpi stesen BTS, aku x naik pun komuter ke kl sentral tp aku naik ERL sbb x nak sesak gak..hahaha...so, 4.50pm erl smpi n 5 min lps tu aku dh smpi kl sentral terus beli tiket tren ke ipoh kul 5.50pm. nak terus benti sg siput kena tunggu tren ekspres langkawi kul 8mlm. dh beli aku, dok minum2 jap kat food court.5.45pm br aku g platform.aku beli tiket kelas dua so selesa ckit.disebabkan aku ada kad diskaun pelajar aku dpt le ngan hrga RM13. hrga asal RM17 kot. ms check ticket, org ktmb cam pelik je, betoi ke aku student.hehe..aku tunjuk le matriks card UM aku.ye lah, nak apply kad diskaun pun syaratnye ade student matriks card jd mmg betoi le aku eligible kan.sbb tu aku lebih suke naik tren dr naik bus.bus ngan jam lagi..rega pun mhl lg dr tren.more convinient n aku leh lg wat keje dlm tu.tu yg aku lg suka.

smpi ipoh dlm kul 8.50pm, mak n ayah aku dh tunggu. on d way smpi umah, singgah mkn char kue teow kat medan sentosa sg siput. br buke isnin ari tu.ayah aku ckp sedap gak sbb tkg masaknye mmg blajo msk char kue teow masa kat penang dulu. budak kg periang, karai. dh abis mkn, blk, mandi, solat n rehat jap.kul 12am terus wat keje tuk repot dana galakan ukm yg due datenye 17hb ni. adus, kalau x siap akan dpt warning letter.tu yg x syok tu.nti kang pihak deanery blacklisted nama aku, kan payah aku nak wat research bile dh abis bljr nti.huhu..nak x nak mmg kena siapkan.so mmg bersengkang mata menyiapkan.aku dh wat ckit sblm ni masa sblm start bljr, x dr seari ke seari tertangguh.bile dh dpt email suh submit br le kelam kabut. mmg aku concentrate x bgn2 dr tmpt aku smpi kul 6 pg.alhamdulillah, siap gak akhirnya.after subuh tdo jap n nak bgn kul 9.30 pg sbb nak g xerox lg 3 copies repot research tu then nak ke skynet tuk pos ekspress lak. jd tu le aktiviti aku searian n semalaman. buat selagi daya, n bile dh buat cuba sebaik mungkin..:P


2nd day activities in KL (14th july)

2nd day, aku g UM dlm kul 9 pg sbb nak elakkan jam. ari ni aku x bw vios, aku bw wira lama ayah ndak aku (husben w.siah) lak..kete ni manual, tp x der hal bg aku.baik auto baik manual, dua2 aku leh bw kat tgh2 bdr ni (haha..cam riak jap).bw wira yg ni best gak sbb leh bw lasak...kiki.vios kete baru beli so kena le lbh berati2 bw..dh le kete org kan.haha.

ok, aku smpi UM terus jumpe ayu n alhamdulillah, Dr Siti supervisor aku dh pun sign n recommend application aku tuk wat attchment kat jepun bln 9 ni. insyaALLAH, ada rezeki aku dpt sponsor japan foundation ni, aku akn berpose n beraya kat sana thn ni.kalu dpt le..x dpt pun xper, x nak mengharap sgt..anggap je blum rezeki aku lg.nti leh try lagi.selected graduate students je dpt bergantung kpd proposal kite.bkn lame pun kat sana dlm 6-8 minggu je.as part of my research development. sepatutnya ari tu aku jumpe Dr Siti gak tuk bincang psl thesis tp terpaksa btl last min spt yg aku dh ceritakan pd entry yg sblm ni.so need to set up a new date.may be next week or de other week.

so, after dh jumpe ayu, aku naik ke bilik aku kat UM ni tuk wat keje ckit n after luch and zhr br aku submitted sendri ke japan foundation kl (JFKL).actually x tau pun kat mane, referred pd map kat area mid valley city.so boleh le aku redah je.bkn jauh pun dr UM, 5 min dh smpi..cuma dok pusing 1 bangunan mid mencari northpoint . so smpi je sana terus bg form, PIC x der, so bg le pd staff lain.sblm tu cuak gak mana tau kot org jepun yg x reti berbhs melayu or inggeris ke yg aku jumpe.hehe..at last aku hantar gak after worked harder menyiapkan proposal dlm tempoh x smpi seminggu. mana x nye, JFKL br bg email kat semua graduate students UM ari rabu last week, peh tu ari rabu 15th july dh due date nye.mau x kelam kabut.nak pulak, bile kite dh dpt email tu, kite kena lak emial sendiri minta application form.sblm die bg application form tu, die bg dulu email requirements n eligibility for applicants.dh phm semua tu br email kat die n minta form.byk karenah je rasa...ari jumaat br betul2 dpt form die n fill up ngan computer. xleh tulis tgn.itu ok le bg aku..ari sabtu ptg br aku betul2 siap proposal tuk ni. copy n paste ckit dr proposal ms minta grant research UM br2 ni.hehe..sib baik dah ada proposal , boleh le cilok ckit2. cuma yg planning masa kat sana yg bermslh ckit sbb aku sendiri pun x tau aku akn attch kat tmpt yg mcmane, dorang yg akan cr bergantung kpd proposal kite. aku hentam je lah..hehe...so, prog ni dinama kan JENESYS, mcm exchange students prog le. tawakal je lah skrg. only ALLAH knows the best for us

lps dh anta form, aku masuk dulu jusco mid guna bridge kat northpoint.aku pun x tau bridge tu bersambung ngan mid sbnrnya, tp aku tgk ramai org lalu kat bridge tu, so aku pun explore le.mmg terus jumpe jusco..masuk jusco sbb cr gift rayyan fawwaz, cucu w.siah yg pertama.ulgthn yg pertama.dh beli aku terus blk..mls aku nak berjln2 dlm mid, lgpun x der benda yg nak dibeli. smpi umah aku terus mndi n wat keje ckit.masa tu dh kul 4pm pun.niat di hati nak tdo jap, tp dok terigt keje.tgk2 ckit lecture notes utk ngajo sok.

mlm tu, w.siah msk steambot, wah sedap tul smpi aku tmbh 2 mangkuk penuh.haha..lama x mkn steambot w.siah...mlm tu hnya menonton tv and kul 12 am dh tdo sbb kls kul 9.30 pg sok..so, till then..to be continued :)

3 days in KL- 1st day (monday 13 july 09)

isnin pagi, aku naik tren dr ipoh ke kl jam 9pg.kali ni aku g kl bkn balik ari tp 3 ari dan bermlm di rumah my beloved auntie kat tmn jaya bdr tun razak. few things yg aku kena buat kat kl, nak bawa kete rasa alang2 sbb 3 ari je kan (kedekut duit tol..haha)...then, smpi kl dlm 11.50 pg terus naik lrt ke BTR. yg kelako nye, masa aku nak tkr naik lrt star kat masjid jamek, aku boleh laju je cross jln ke station menuju ke sentul, padahal aku nak naik tren arah ke sri petaling.elok je aku dah TnG, naik tangga br aku perasan, mcm pelik je tangga die ni.hehe..aku dgn senyum2 malu trs kuar n cross semula ke lrt station arah sri petaling..adui, betoi2 exercise ni (elok le pun, kalu x dok pelepap je x der exercise..haha)

dah naik tren, aku sempat sms my cousin bgtau yg aku silap station..boleh die ckp aku berangan.hehe...aku bkn berangan tp aku terlebih pikir sbb byk benda aku nak settle minggu ni.ok, smpi lrt BTR, naik taxi terus ke tmn jaya.by 12.40pm aku dh ade kat sana.rupenye my auntie dh mmg ade kat luar n tunggu aku ngan cucu die.hehe..after berborak ngan makcik aku yg aku panggil wan siah (adik mak yg no 4), masuk zhr aku solat terus g bangi. suami wan siah bg guna kete vios die.ayah ndak aku ade 2 kete, so boleh le aku pinjam2 (hehe)..mula2 aku ke bangi utama sbb nak amik bj kurung aku tempah. masa nak lalu bangi utama tu aku lalu ariani..wah ada sale ari ni last lak tu.teruja aku nak beli tdg baru..tp bile igtkan byk benda aku nak kena wat, ku sbr dulu. then br ke ukm tuk jumpe ngan colleague aku kat sana n amik surat2.dh lame x jumpe geng ukm, rindu kat dorang..on de way, aku ke ukm, my SV sms informed yg die x dpt jumpe aku esok pg sbb last min UM minta die wakili grp research ttg community development for whole day. adus, masalah lak ni. bkn pe, aku perlukan recommendation die tuk wat attachment kat jepun thn ni. due date die 15 july. aku terus call Dr Ct n tnya die mcmane.form aku dah fill up nakkan sign n recommend die je.so die ckp, contact ayu (PA die) tuk bg that form ptg tu gak, so that pepagi selasa sblm ke ISM die akn tgk n sign. lega aku

then sblm smpi ukm dah cal vanessa minta tlg die amik surat kalu ade kat p.hole aku.smpi ukm terus ke bilik n V dah ada dlm bilik ngan surat2 aku.x sempat sembang lama pun sbb aku in rush nak kena ade kat um kul 5ptg tu.tp sempat le gak rasa kerepek pisang sedap n borak sikit2 je dlm 10min. tu pun sib baik aku dpt parking, kalu x lg haru kena pusing2 fac smpai cukup tawaf. sblm aku ke um, aku blk umah kajang utama jap sbb nak amik academic transcript yg perlu di attach dgn application form ke jepun nti.smpi umah dlm kul 3.30ptg terus amik transcript, bj sikit,buku2 ckit then trs gerak.on d way, call zima sbb aku x sempat nak jumpe die n main2 ngan amsyar (rindu kat die!!!).dah call zima, br terigt yg pen drive aku ada dlm backpack laptop kat umah wan siah.uwa..1 hal lak kena pth balik dulu ke umah. application form kena typewriting ngan computer.sib baik, dr umah wan siah ke um dlm 10-15 min je (arap2 x jam).
dh amik pendrive masa tu dlm kul 4.15ptg terus ke um. smpi um tgk ayu x der sbb g solat asar. tp x per le, aku leh tunggu jnji benda aku settle.huhu..dh printed out semua n tglkan notes, br rasa lega.so esok, dtg semula ke um tuk amik form n recommendation letter.alhamdulillah..

kuar fac dh dkt kul 6, nak kuar um lg dh jam dr DTC.so, decided tuk jumpe my cousin yg br masuk asasi sains kat kolej 12.leh gak aku minum2 kat cafe.wah, kat cafe tu ade jambu batu pak chu, apa lg, aku beli le, kat perak mane ader asam sesedap ni kan.dpt le beli rm3 sbb dh abis.aku mkn singgit n lebihnya bg cousin aku -ainol husna.die pun pose aritu, leh le wat buke nti.by 6.45pm br aku kuar um.masa tu dh ok ckit dh cume kat fed hgway je jam ckit yg bg aku ok lg la..dh lps midvalley hala ke cheras, dh ok dh.so aku smpi umah dlm kul 7.15pm.

mlm tu, my cousins blnja sushi king kat queens park jln peel.tmpt die ok, cantik, tp x ramei org dtg.dh abis mkn g beli brg kat carrefour (nak jimat???).smpi umah dh dkt kul11pm. kemas2 brg ckit, then trs tdo.mmg dh x hingat ape dh. cuma kesejukan yg teramat dlm kul 4 pg sbb aircon...so ari isnin dh selesai.tunggu ari selasa lak.to be continued :)

Sunday, July 12, 2009

my first entry


salam ols...
this is my first entry of my Ph.D journey.walaupun dah 6 bulan berstatus pelajar UM, baru sekarang aku rasa teringin nak berblog dan mencatat setiap apa yg berlaku throughout my journey to get 'Dr'.semuanya bermula 2 ari yg lalu around 5 am after i ve finished writing and study (as usual lah kan), aku terjumpa one blog pasal perjalanan PhD one woman yg penuh dengan warna warni n aku rasa seronok baca. so, i thought, why not if i do the same? at least, after this, aku boleh baca n jdkan kenangan.:)

how should i start? hmm..may be i can share about myself.hehe..nothing special but i really thanks Allah for what He has given to me.i nevr thought that can reach up to this level.aku ni bukan le pelajar yg 'ceghodik' tp aku tahu aku org yg rajin (kiki). aku akan tetapkan matlamat setiap apa yg aku lakukan. cthnya masa aku SPM, aku target utk dpt 1st grade below 10 agg and ALHAMDULILLAH, i ve achieved.then, aku dpt belajar kat U yg aku impikan sejak aku drjh 3 iatu UIAM.bunyi mcm bgs je aku kan, drjh 3 dh tau U apa yg die nak masuk.haha

aku grad UIAM thn 2004 dgn pointer yg x leh bgs pun tp aku ada semangat nak bljr lagi after one tragic incident (x perlulah nak igt lagi). ALHAMDULILLAH, aku diterima bljr di UKM Cheras dlm bidang Medical Social Work. aku pun ms mula2 apply x tau sgt psl bidang ni, tp aku terigt masa aku bljr kat UIAM ada subjek Health Psychology yg aku amik dgn my fav Lecturer (AP Dr Haryati Shahrima). ms kat kelas ni, Dr aku pernah ckp psl bidang ni, then aku dah start sikit2 suke psl health.so, bole ada twrn dlm bidang ni, aku pun terus apply.nak diterima pun kena ada interview gak tau.interview was Ok.

after 2 years in this course aku btl2 jth cinta ngan med social work.really challenging n enjoyable. i dont know why but i could feel it's satisfaction after helping others. a few weeks before VIVA (nov 2006) aku diterima keje ngan NGO which is Malaysian Mental Health Association (MMHA) sbg Mental Health Officer. kat situ x lama..ada le dlm 7-8 bln then aku ditawarkan pula ke UKM which is my present work. aku pun mula2 x caya gak tp aku percaya akan ketentuannya.ALLAH dah tentukan rezeki utk kita sama ada cepat atau lambat. mmg aku ada cita2 jd pensyarah tp aku betul2 x sangka yg aku leh dpt dlm usia 26 thn.

salah 1 syarat terima keje kat UKM, yg aku mesti sambung bljr PhD dlm tempoh 5 thn selepas lapor diri. semua akan ditanggung, elaun diberi n gaji jalan. ni dibawah Skim SLAB/SLAI. after 1 1/2 yrs aku keje, ALHAMDULILLAH, aku dh pun bergelar pelajar PhD di UM. niat di hati mmg le nak bljr overseas, tp setelah mcm2 hal yg berlaku n masa nak ujung thn lps, ekonomi dh mula merosot, KPT lak dh ckp nak cut off hantar students ke overseas thn ni khususnya bg bdg2 non critical, so aku pun decided terima bljr kat UM.walaupun masa tu aku sbnrnya tgh tgu offer letter dr Queensland University, Australia. mmg dlm dilema gak masa nak made a decision, byk kali aku call KPT n unit cuti belajar UKM untuk minta pendapat. yg last sekali dorang ckp, kalu u dpt offer letter dr UQ cpt n mulakan pengajian dlm thn 2008 gak, dorang boleh terima.masa tu air mata dh x tau brp kali kuar. mana le nk sempat, masa tu dh ujung bln 10, sdgkan aku br je submit application kat UQ n plg cepat aku dpt terima pun mid of jan 2009. tp aku bersyukur diberi kekuatan n x lps berdoa minta petunjuk.tu yg aku nekad, sambung gak kat local U.lagi pun, aku pikir lagi lama aku kat UKM lg rasa rendah dri, yelah kite ni insan kerdil yg x der Phd, org pun x pndag.huhu.seperkara lg, aku ada target utk abiskan PhD by age of 30.amin amin amin. doakan daku.

so, 31/12/08 adalah ari pertama aku di UM.betul2 aku pilih ujung thn, sng nak igt sejarah diri.hehe..dan dlm tempoh aku bljr, lbh kurang dlm bln 2 2009, aku dpt offer letter UQ utk mulakan pengajian.uwa!!!sedih tau.tp apa nk buat, contract dh di sign n aku mmg x leh tukar U melainkan wat attachment or conference kat overseas. bkn le aku nak bangga kan overseas universities, tp itu keperluan utk kite memerhati kejayaan mereka dlm bidang soc work n bw balik ilmu tu ke negara kite. x per lah, setiap yg berlaku pasti ada HIKMAHnya kan.aku percaya dgn HIKMAHNYA.

orait..nti aku akan sambung lagi. smg blog ni jd perangsang utk aku terus menulis n menulis. aku sisipkan my family pix yg menjadi perangsang utama idup aku selama ni. :)