BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, September 27, 2009

raya

seminggu dh kite beraya n seminggu jugak le aku beraya.beraya sakan?x gak sebab asyik teringatkan kan study.after raya ni kira aku kena lipat gandakan usaha. kira dh masuk 2nd phase of my study:data collection...mcm x biase lak wat research..bkn x biasa tp yg ni sbb PhD ku...mcm2 boleh berlaku.aku berdoa moga urusan belajar ku dipermudahkan ALLAH. AMIN AMIN AMIN...mcm2 yg aku dgr penglaman kwn2 yg smbung n dh dpt PhD..ada yg senang dan ada yg susah, perit,menangis, x tdo n mcm2 lg...risau jd nye.

raya thn ni, kakak n abg aku beraya ngan mentua deme.so, tinggal lah aku n 2 org adik yg single ni beraya kat cni.sunyi rs x der bebudak.tp thn ni pg2 sblm solat raya dh gerak ke kg ayah.kg enggor, karai. lame rasanya x beraya kat sana..wah, br terasa ada kg..hehe. lps solat, dok mkn2 jap n terus beraya umah sedra mara yg lain. smpi senja gak le br balik ke rumah.tu pun sib baik x ke kg mak lg. kg jawang (yg baru2 ni terglamor sbb kes kartika tu..huhu).mlm tu doa smg x der sape le yg dtg..haha..penat betoi rasanya...tdo awal sbb raya kedua wat mkn2 ckit.

raya kedua tu mmg ramei yg dtg smpi ke mlm.mee, bhun n spaghetti abis laku lah. hehe.alhamdulillah. raya ketiga dok umah je.mak n ayah g kenduri kahwin, tp kami adik beradik x pegi.yg kelakonya, ayah aku siap tutup pagar lg.haha..selamat, x der le org dtg. raya keempat...aku lak g beraya ngan schoolmates aku kat area ipoh termasuk g umah cikgu hendon.seronok dpt jumpe cikgu tp kena smash gak le sbb umah cikgu kat beranang dekat ngan umah aku kat kajang utama.hehe..

raya ke lima, aku n family sambung lg beraya ke kati, tnh merah n lubuk merbau. sekejap je, by 3pm dh ada kat umah.smpi umah je, adik-beradik mak yg dok luar perak lak serbu...riuh rendah le umah aku. raya ke 6, lps zuhur kami (semua adik beradik termasuk kakak n abg aku yg dh balik sg siput) gerak ke KL sbb esoknya ada kenduri aqiqah kat umah wan siah (adik mak). sblm ke umah wan siah, kami singgah umah adik mak kat rawang then ke putrajaya umah anak sedara ayah.lps tu br le ke umah wan siah.check in hotel wan siah kul 12 tgh mlm.hehe

sabtu (raya ke 7, pagi2 dh wat keje kat dapur, goreng ikan bilis nak wat sambal ikan bilis petai.kul 12tghari, jemputan dh smpi. ramai sesgt smpi rasa x cukup tgn n nasi abis lah. yg plg best laksa kuale yg sepupu mak masak. marvellous!!! ptg tu jugak kami balik ke sg siput.aku pun balik gak.hehe...rabu dpn br balik ke KL semula...

so, ari ni agak rehat ckit.lps zhr je ada kakak ayah n adik mak yg dok cni gak dtg beraya.
scra keseluruhannya raya thn ni byk berjln tp bukan kumpul duit raya.huk huk. nk tgk gambo, tgk kat facebook aku ek...

salam syawal n pose 6 :)

Friday, September 18, 2009

SELAMAT HARI RAYA

Selamat Hari Raya buat sahabat-sahabat tak kira di mana pun kalian berada.
Mohon kemaafan atas segala kesalahan sepanjang perkenalan kita.
Ramadhan yang berlabuh, di harap memberi syafaat kepada kita semua.

Kullu 'am wa antum bil khair.

Jemput datang ke rumah: No 1, Kg. Bahagia, 31100 Sg Siput (U), Perak. Hari Isnin ada buat bihun, mee dan spaghetti sup untuk tetamu yang hadir.

Wednesday, September 16, 2009

Graduan UIAM Syahid Di Bumi Palestin

Source: Martinelli's Blog (http://blogs.iium.edu.my/martinelli)

Semalam sewaktu menunggu waktu berbuka puasa saya dikejutkan dengan berita Bro. Ubaida M.A AlQudsi syahid di tanah tumpah darahnya Palestine kerana ditembak oleh askar Israel laknatullah. Hampir tercampak telepon yang saya pegang mendengar berita sedih itu.

Saya menalipon rakannya, Herbawi, untuk mengesahkan berita itu. Herbawi dengan nada sayu menjawab, “Yes madam, he was shot by the Israel army 2 weeks ago and passed away yesterday.”

Sepanjang belajar di UIA Ubaida sangat aktif dalam IIUM Al Aqsa Friends Society dan juga nasyid. Beliau baru saja menamatkan pengajian komunikasi dan pulang ke kampung halamannya Palestine selepas selesai peperiksaan semester lepas. Dikatakan bahawa dia ditembak selepas solat di sebuah masjid di kampungnya di bandar Al Khalil (Hebron) semasa melalui sekatan jalan oleh tentera Israel. Pihak Israel menuduhnya hendak menikam salah seorang tentera…. alasan biasa yahudi untuk menghalalkan tindakan mereka membunuh rakyat Palestine. Beliau dibawa ke hospital dan koma selama 19 hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Kelab Al-Aqsa Friends Society adalah kelab yang sangat aktif menjalankan program2 kesedaran menyelamatkan Masjid AlAqsa. Kebanyakan ahlinya adalah pelajar Palestine. Ubaida pernah menjadi salah seorang pimpinan kelab ini. Mereka sering ke pejabat saya untuk membincangkan program dan pengurusan kelab. Merekalah diantara ribuan anak didik yang saya sayangi di UIA ini. Melihat wajah2 mereka akan membuat anda terasa kecil kerana jiwa muda mereka yang penuh dengan semangat perjuangan. Jasad di UIA tetapi hati nun jauh di negara tercinta. Dengan perasaan dilselubung cemas sepanjang masa kerana mengenangkan nyawa keluarga yang tidak putus2 diancam yahudi, mereka masih terus belajar untuk meraih ilmu.

Kalau anda biasa beri’tiqaf di IIUM SHAH’S Mosque sepuluh Ramadhan terakhir ini anda akan melihat kumpulan pelajar2 ini membawa walkie-talkie kerana menggerakkan usaha menghidupkan Ramadhan di masjid ini . Saya dapat rasakan perasaan cinta mereka pada masjid UIA yang merupakan menifestasi dari cinta mereka kepada Masjidil Aqsa yang mereka perjuangkan.

Syahidnya Ubaida akan semakin membakar semangat rakannya2 di sini.

Ini merupakan pemergian ke dua graduan yang bakal menerima skrol semasa konvo 2009 yang akan berlangsung bulan depan. Sebelum ini telah pergi Shafawati yang aktif dalam Kelab Mentor-mentee Gemilang kerana sakit Leukimia. Anak sulung dari 8 beradik berasal dari Sarawak, Shafawati yang dikenali sebagai Kak Sha di kalngan juniornya sangat peka dengan masalah masyarakat sehingga sanggup menghabiskan masanya dalam kerja2 kemasyarakatan CENSERVE tanpa memperdulikan penyakitnya.

Kedua2 mereka adalah hasil produk the Garden of Knowledge and Virtue yang benar2 menterjemahkan ilmu yang mereka dapati dalam bentuk bakti suci buat ummah tercinta. Pemergian mereka yang ditangisi oleh teman2 akan menyemarakkan lagi semangat cintakan ummah di kalangan pelajar2 UIA seluruhnya.

Konvo 2009 dijangka paling syahdu kerana pemergian 2 graduan yang menemui Tuhannya sebelum sempat menerima skrol dan pencapaian dua orang insan istimewa Nik Nor Ermiza dan Fahmi.

Semoga roh Ubaida ditempatkan bersama roh para syuhada

Gambar As-syaheed Ubaida ditangisi ibu dan keluarga. Beliau ditembak 6 kali di perut dan kepala.Semoga rohnya ditempatkan Allah bersama roh para syuhada.

Ya Allah berikanlah kami kekuatan untuk terus membantu menghasilkan jiwa2 besar dari UIA yang bakal memimpin ummah tercinta ini. Ameen Ya Rabbal ‘Alameen.

Friday, September 11, 2009

Writing oh writing!!!

almost a week i even didn't update my lovely blog. besides bz wif the last few days of ramadhan, i was still thinking of my thesis writing. huhu...it's not easy for me to understand what is social welfare all about. the more reading i got, the more 'stupid' i am. makin digali makin terasa sedikitnya ilmu yang diperolehi. bila berbincang ngan kwn2 yg seangkatan, mereka pun rasa perkara yg sama..so bukan le aku rasa je yg rasa lacking sebegitu kan? hehe...

then, minggu ni aku dpt 2 email berturut2 hari dr my lovely supervisor Prof Madya Dr Siti Hajar Abu Bakar Ah. first email pasal bab 1 n metod bab yg dia minta aku masukkan dlm bab 1. aku wat metod dlm bab yg berbeza iaitu bab 2. mcm pelikkan? kalu ikut ukm, metod in bab 3.tp UM punya sistem x kisah mana2 pun, x rigid janji benda tu ada dlm thesis kite. dulu masa mula2 Dr suh aku wat metod dlm bab 3, last week aku jumpe Dr mta aku masukkan dlm bab 1. tu le, kite ni manusia mmg pelupa. aku pun try squeezing bab metod into bab 1. bile aku tgk balik apa yg aku dh squeeze kan, aku lak jd fenin, so aku email Dr bgtau apa yg aku fikirkan. then Dr reply bgtau yg Dr dh buatkan utk aku.wadus...teruknya aku?Dr yg bz woman lak yg buatkan. actually, Dr Siti ni mmg le the very bagus,very proactive,n semua yg bgs n sepatutnya ada dlm diri pensyarah n penyelidik. kerja Dr perfect n tak bertangguh2.no wonder Dr boleh dpat title Prof Madya dlm usia 30-an. n dah byk books yg Dr tulis.KAGUM rasanya.

lps bc email Dr reply n mta maaf pd Dr sekiranya penulisan aku x memuaskan die.dlm email tu gak, aku sertakan semula instrumen kajian aku.sebelum ni aku dh kasi byk kali n Dr pun dah semak. tp Dr mta lagi sekali sbb katanya x jumpe file instrumen aku dlm pc Dr. aku pun bg le sekali lagi. ari selasa petang aku kasi email tu then diblas oleh Dr bile aku minta maaf dgn dia:

Dear Adah,

Okay, saya terima dah instrumen kajian you. Akan baca & contact you semula. Ada cara utk assimilate idea tu. Apabila kita berjumpa sekali lagi saya akan ajat you caranya. One more thing, Ph.D is about acquiring new skill and knowledge. It is about you my dear ; not about satisfying your supervisor. Your supervisor job is to facilitate you to acquire the knowledge and skill. The other thing that emerge in all supervisor minds is how to help the students to pass.(statement yg ni buat aku realize kata2nya,yap..aku agree ngan Dr, PhD is not abt satisfaction only but also we need to look for a new intervention/findings in such area)

Take care


rabu pagi aku dh dpt reply psl instrumen tu..efficient x? Dr reply:

Dear Adah,

Saya sempat tengok-tengok instrumen you pagi ni. Very good. Ada sedikit aje pembetulannya. My last advise regarding the instrumen - MAKE SURE ALL ANSWERS FOR ALL YOUR RESEARCH OBJECTIVES ARE INCLUDED . Bila you dah betulkan, I nak tengok sekali lagi & then CONGRATULATION, lepas raya boleh le pungut data & juga bentang dalam seminar Ijazah tinggi Jabatan -mengenai rekabentuk kajian & instrumen design ye. Take care my dear. kalau kita tak jumpa lagi, SELAMAT HARI RAYA.

aku berdoa spya aku dpt jd efisien mcm Dr Siti Hajar. cepat berfikir n menulis ngan amat baik. Pray for me..amin amin amin :)


"PhD is learning process which includes creativity n commitments.It is not a sign of intellectualism".

Wednesday, September 2, 2009

students' assignment

huh..br lps marking assignment student master...dah lame aku minta dorang submit, rasanya ada le dlm sebln, so br mlm ni aku berkesempatan menanda n terus email marks pd penyelaras program. kesian dorang...nasib baik le students 9 orang je kan...hehe...lps ni kena prepare soalan lak.1 soalan je pun kena prepare sbb subjek ni ramai pensyarah sambilan yg ngajar. then kalau soalan aku terpilih utk final exam, so ada le tugasan lain menanti aku utk baca answer script dorang lak.

settle bab ngajar sambilan, lps ni aku InsyaALLAH akan mula collect data.probably after raya. selasa ari tu ada jumpe supervisor jap, then dia ckp dia confident tuk lpskan aku collect data dah. peruntukan pun dh dpt dr research management UM..yg kelakonye, aku minta 10k dorang luluskan 3k je tau..tu pun utk collect data n attend conference. may b sbb baru thn pertama kot.nti next year boleh apply lg. syaratnya, aku leh apply 3 kali (total 30K), setiap kali apply max 10k..so boleh le utk aku guna tuk present paper n etc.

k, lah bln2 pose ni kena tdo awal sikit sbb nti nak bgn tahajud n sahur lak.

mendoakan yg terbaik n dipermudahkan segala urusan kita. amin amin amin :)