Alhamdulillah..last week, i received a very +ve email from my SV regarding my writing.I qouted here:
"Dear Adah,saya kembalikan bahagian tersebut. Amboi.... awak sekarang dah pandai menulis. saya rasa seronok membaca deraf kedua ni... barulah faham. You tambah dan betulkan sikit sahaja (based on my comments). saya tak mahu baca lagi bahagian ini krn rasanya dah okay".
inilah 1st time sebelum buka email SV i tak rasa dup-dup.Alhamdulillah...and i replied:
ye ke?Alhamdulillah..berkat kesabaran Dr mendidik sy dengan sabar.inilah pertama kali sy tersenyum n tak berdebar bila dapat feedback email dr Dr. Alhamdulillah...hpefully after this, I will improve more n more.:)
then today, i received another +ve email from her:
"Dear Adah,Seronok baca sub-bahagian yang telah you betulkan ini. Ayatnya senang difahami & you juga telah berjaya menerangkan perkara yang rumit. Penerangan you boleh difahami olh pembaca yg tidak dilatih dlm bidang psikologi. Namun, ada 2 perkara yg I nak you betulkan:1.Rajah 3.1 - jangan letaknya terlalu jauh dari teksnya. Better pindahkan ke pp. 3 dalam subtopik 3.3.1. 2. Ada satu komen saya mengenai penggunaan cth yg kurang tepat utk menerangkan kenyataan teks. Just cari cth yg lbh sesuai ye.saya tak mahu baca lagi bahagian ini. Congratulations."
Thanks god for giving me patience n strength to overcome all de difficulties.and really thanks god for having me a very supportive supervisor like AP Dr Siti Hajar.it taken me 2 years to adapt n improve my writing skills.Alhamdulillah
i wish i can finish this journey on time n pray for me!amin
Tuesday, December 7, 2010
feedback emails from my SV
Posted by Dr Nurs 0 comments
Cikgu...
"...Panggilan cikgu membawa kedekatan dan kehampiran antara seorang manusia dengan yang lain. Seseorang itu apabila belajar, rujukan ilmu, pengalaman dan teladannya tentulah daripada cikgu. Bayangkan seorang cikgu yang mendukung jiwa murabbi, mualim dan muaddib akan sentiasa mengembangkan ilmu yang terhubung dengan Rab iaitu Allah S.W.T., menjadikan dirinya berilmu supaya memiliki sumber rujukan yang terbaik dan sentiasa menjadikan asas adab dan akhlak insan..." (Diambil dari kolum Prof Sidek-Cikgu Sidek, Solusi, Isu No:6,p:51)
Terima kasih cikgu-cikgu yang telah mendidik ku selama ini. Terima kasih juga kepada mak ayah, Cikgu Supiah dan Cikgu Onn atas didikan kalian selama 29 tahun ini. Doakan anakandamu ini berjaya bergelar Dr. amin amin amin
Posted by Dr Nurs 0 comments
Friday, October 29, 2010
UIAM tetap dihatiku
petang2 tadi membaca majalah solusi, kolumnis yg aku takkan miss baca adalah kolumnis Prof Sidek Baba atau lebih dikenali dgn Cikgu Sidek.kenapa?sebab aku suka hasil nukilan dia dari segi bahasa, ayat, penceritaan cikgu mmg akan buat aku terlagi2 nak membaca (ye lah, kalau tak, takkan aku beli buku seteguh tekad cikgu dulu!)
solusi yg baru cikgu menceritakan pengalamannya dilantik sebagai dekan matrix uiam...baru lah ku tahu usaha cikgu nak meramaikan anak-anak kg/luar bandar belajar di UIAM.ini bagi memberi equality in education opportunity disebabkan sistem merit yg ditetapkan utk masuk mana2 matriks yg mana kebanyakan yg dapat pgkt 1 itu adalah dari sekolah bandar, jd cikgu nak yg di sekolah luar bndr pun ada peluang belajar di U antarabangsa.jadi, cikgu tetapkan 5% adalah dr luar bndar serta mendpt pgkt 1. sesungguhnya usaha cikgu tu sungguh murni dan berjaya.ramai kwn2 ku yg berasal dr kg dan kini berjaya memegang jawatan penting dlm segala sektor.
tiap kali membaca solusi, mesti aku akan merindui UIAM.berbangga menjadi salah seorang produk UIAM dan berharap, 1 hari nanti ada peluang utk aku menabur bakti di sana...walaupun aku pernah belajr kat UKM dan skrg UM, UIAM masih tetap melekat dihatiku..x kisahkah x der masuk ranking dunia pun, yg pasti aku rasa UIAM ada VALUE yg x ada di U lain...smg UIAM sentiasa menyemarakkan 'islamization of knowledge'
Posted by Dr Nurs 0 comments
Tuesday, August 31, 2010
Coding in Qualitative Research
1. develop coding categories- setting/content, define situation , perspectives by subjects, process, event, strategies & relationship n social structure
2. formatting transcript file
3. read through transcript file and code the units of data in the transcript file
4. Assemble all data coded to each category and sort it into sub-files (i.e: manila folders, index cards, computer software)
(Minichiello et.al (1995))
Posted by Dr Nurs 0 comments
Wednesday, July 28, 2010
playing with a transcribing game ;)
Transcript file should have:
(i) cover page - informant's name or code no, date n place of interview, length of interview, background of the informant, floor design etc)
(ii) the text is centred in the middle of the page with wide margins on both left n right hand of the page. one margin can be used to reflect on the researcher's fieldwork experience. another one can be entered as general ideas and coding categories.
rabbi yaaser wa la tu'assir.amin amin amin
Posted by Dr Nurs 0 comments
Friday, June 18, 2010
kisah di mamat di kpt
wah, begitu lama x update blog..ari ni terasa nak update n cerita psl mamat yg lagak poyos di kpt tadi...lps zohor tadi aku g ke kpt unit biasiswa putrajaya.besides nak submit progress report nak terus jumnpe pegawai sana pasal attachment or penyelidikan kat overseas bg pegawai yg bercuti belajar dlm negara. masa aku nak jumpa tu ada 2 org lg yg nak jmp pegawai gak, cuma pegawai yg berbeza2.
ok lah, x lama aku tunggu, aku pun jumpa lah cik dalilah kerani yg incharge (biasa mmg deal ngan die pun psl hal2 cuti bljr kat kpt)..aku terus tnya dier psl yg aku nak tau, then dia x sure sbb yg dier tau kalau bentang kat overseas mmg boleh tp dia suh aku tunggu sekejap sbb dier nak tnya pegawai dier dulu.
ok lah aku pun tunggu.dan x sangka perbualan kami tadi ada ler mamat ni yg dengo, terus die ckp kat aku TAK BOLEH...terkesima aku!dlm ati aku..ko sape nak ckp x boleh.die ckp lagi kalau bentang kertas kerja boleh dan bgtau yg dier baru ajer balik present paper kat boston seminggu.eleh, tu pun nak berlagak..ada aku kisah ker ko nak present kat maner..dah ler x knl lps tu terus ckp x boleh.kot ye pun seronok sgt dpt present sana x yah ler nak berlagak nagn aku, x der maknanya...then aku ckp ler, x per, boleh ke x boleh, sy nak dengar sendiri apa kpt ckp sbb sy ada dgr2 boleh.sy dtg ni pun sbb nakkan kepastian..then dia tnya nak g kemana?aku ckp antara oz or uk...bw family?x, sorang..dia ckp lagi, kalau bw family lagi lah x boleh...eleh, lg 1 hal poyos nya..x tau ler sape mamat ni, tp aku tau yg dier ni pun onstudy leave.U mana x pasti, cuma tadi dia pakai baju USM
ok, then, cik dalilah pun sampai n dr jauh die tgk aku n angguk..dlm ati aku BOLEH ler kot..then, kat tgn dier ada form yg aku maksudkan.dia cakap BOLEH, tp sebelum submit ke kpt, minta pengesahan dr UKM dulu.ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAH...nama program tu Program Sangkut Luar Negara bagi tujuan penyelidikan yg amat diperlukan sbg sebahagian drpd faktor utama pengajian.aku sempat gak jeling2 mamat tu, aku perasan mcm dier terkejut.hehe...dah aku ucapkan terima kasih kat cik dalilah terus aku kuar..firasat aku ckp, mamat tu nti mesti tnya cik dalilah lps aku kuar.nak tnya masa kat situ agaknya segan ler kot sebab termalu sendiri...
natijahnya..biler bercakap tu, bior ler merendah diri.
Doakan aku dapat buat penyelidikan kat overseas tau.amin amin amin..aku ader 2 pilihan, sama ada nak g bulan 11 ni or lps thn baru tahun depan.kalu pergi bln 11 kena g awal bulan then awal dec dh boleh balik,sbb nak attach kat sana at least 2 bln.kena balik sebelum krismas sbb biasanya dorang akan abiskan cuti dr krismas till eve, so kalau g tgh or ujung, terasa rugi lak.kalau nak pergi masa bulan 11 ni, aku kena siapkan transcribe cepat2...bukan senag nk wat transcribe ni..kena dengo balik 1-1 apa yg responden ckp.15 org bkn sedikit.lagi pulak ni penyelidikan kualitatif.kaedah kuantitatif ikut pengalaman aku, mudah sikit biler nak analyze.wat transcript pun x perlu.kalu g after eve pun ok, x der terkocoh2, balik terus wat reception.insyaALLAH
so, sekarang ni, aim aku nak siapkan penulisan artikel utk ISI dan transcribe.semoga dipermudahkan ALLAH.amin amin amin..so far, time frame aku berjln seperti yg dirancang.ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH
Posted by Dr Nurs 0 comments
Thursday, March 4, 2010
lawatan ke PSIAKU AZWAR
semalam,4/3/10, aku dengan 2 orang students tahun 2, sarjana kerja sosial perubatan (SKSP) UKM buat lawatan sambil belajar ke Pusat Sokongan Ibu dan Anak Kurang Upaya, Taman Batu Muda, KL. pd awalnya plan pergi dengan transport PPUKM (formerly known as HUKM) tp transport penuh so last min pergi dengan kereta aku jer.lagipun 2 students tu perempuan n kira my junior dlm sksp.actually, kawan ku pn hazlina yg jd penyelaras prog SKSP ni invite join lawatan ni, dan secara kebetulan mmg amat kena mengena dengan research PhD ku, so mmg aku nak pergi sesangat. pusat jagaan ni pun sebenarnya pernah keluar tv3 dalam program aduan rakyat sbb ibu2/penjaga/pesakit kurang upaya itu sendiri tidak mendapat pembelaan sewajarnya dari agensi berkaitan esp Jab. Keb. Masyarakat.aku yg secara x sengaja tonton prog tu (masa tu ada kat umah kwn-kak zaila)terkejut ler sampai pengarah JKM pun turut turun padang ke pusat tu.haa, bile dah masuk tv baru terngadah gamaknya.dlm erti kata lain, benda ni mencacatkan sedikit JKM ni dan social worker.:(
so, smlm, kami tiba dalam kul 2.15ptg.sesat sikit mencari tempat ni.nasib baik aku mmg tahu kat mana taman batu muda ni.cuma alamat yg diberi x lengkap, sepatutnya jln batu muda 10, tp 10 nya tertinggal.x tahu silap pn hazlina ke ape (hehe--jgn marah tau kak ina).apa2pun selamat sampai jugak.rumah bungalow 2 tingkat yg byran sewanya 2k sebulan!!!!umah nye mmg besar, cantik dan kemas.masa kami sampai, ada 2 anak kurang upaya bersama ibunya kat situ.sorang umo 13 thn n sorang lagi 11 tahun. pusat ni mmg dibuka setiap hari termasuk hari minggu.lebih kepada family support group.berbeza dgn pusat jagaan lain yg ada spesifik prog mcm pemulihan or therapy kpd OKU ni, pusat ni x der spesifik prog.mereka boleh dtg bila2 masa tnpa bayran yg ditetapkan.anak-anak OKU yg ada kat sini mmg betul2 dijaga n dipantau.kebersihan amat ditikberatkan. in case ibunya bekerja, anaknya boleh dihantar ke sini. apa yg menarik, walaupun tiada spesifik prog utk mereka, tp aku nmpk hubungan dikalangan ibu2 penjaga amatlah erat.itu yg kita nak sebenarnya.walaupun mempunyai anak yg sebegitu, tetapi mereka tetap tabah dan sabar menjaganya dengan berkongsi pengalaman penjagaan.ada yg di diagnos sejak dr dalam perut ibu, sejak lahir dan ada juga setelah boleh berlari n petah bercakap.x kurang juga yg disebabkan genetik (ada 3 beradik yg dapat CP (cerebral palsy)sbbkan faktor ini di sini).
dlm lebih kurang 15min kami tiba, sorang demi seorang ibu dan anak OKU yg dtg. semua anak OKU yg aku lihat, muka mereka amatlah bersih n bercahaya2.subhanallah, inilah nur yg diberikan kepada mereka. setlah berbincang dgn kak Shara (pengerusi pusat n pengasas)., aku sempat tembual seorang ibu yg menjaga anak perempuannya yg berumur 3 thn n (iffah namanya).menrut ibunya, anak kecil ini baru menghadapi masalah sejak umor 1 1/2 thn.sebelum tu, anaknya mmg sihat.ibu sempat menunjukkan pada aku gamabr anaknya sebelum sakit menerusi hp nya..sejurus melihat gamabr anak itu semasa sihat, air mataku mengalir.mmg anaknya comel dgn rambut ikal mayang, putih n nmpk aktif!!!berbeza dgn keadaan skrg yg hanya terlantar, makan pun hnya minuman susu pediasure dengan menggunakan tiub disambung dr idung.bila ditnya apa puncanya, ibunya menjawab setelah diserang epilepsy @ sawan. banyak juga aku bualkan dgn ibu tu tp cukuplah sekadar itu sbb yg lain adalah utk kajian ku. aku attachkan gambar iffah kat sini yg hnya terbaring.ibunya ckp, siang dia tidur sbb dh bg makan ubat, mlm die x leh tdo sbb x mkn ubat.mmg ibunya sengaja x nak bg selalu sbb risau effect yg lain.
kami x boleh lama kat situ sbb belum solat zohor.hampir ke pukul 4ptg, kami beransur pulang, tetapi sebelum itu, sempat menjamah bihun goreng yg disediakan. semakin kami nak pulang, ada 2, 3 orang ibu yg dtg, sempat berkenal2an sedikit.dan aku pun telah buat temujanji dengan kak shara utk hadir lagi pada isnin depan utk temubual selanjutnya.
banyak sebenarnya yg nak dikongsikan pasal mereka walaupun pertemuan hanya dalam 1 jam 45 min.tp dah2 le tu, nanti insyaALLAH, ada kelapangan akan ku ceritakan lagi. semoga ALLAH memberi mereka KERAHMATAN.amin amin amin
(gambar di facebook)
Posted by Dr Nurs 0 comments
Monday, January 25, 2010
melangkah ke umur 29 tahun
Posted by Dr Nurs 0 comments
Sunday, December 13, 2009
alhamdulillah...new house
ALHAMDULILLAH...at last i ve moved in to my own house.almost a mth.time is running so fast. and also, i ve been studied in UM fora year....wah2...x sedar dh sethn rupenye.last week minta sign progress report utk dihantar pd ukm n kpt.insyaALLAH in january aku start data collection.dgn hal rumah dah settle,so,hrp aku dpt focus lbh...OMG, aku terlupe nk email draft aku pd my SV,mesti Dr tgh tunggu.k2,lps ni aku terus email, x leh tunggu2.smlm aku dpt idea baru utk writing masa tgh beli groceries kat alamanda,tp skrg dah lupe apa yg aku nak tulis.huhu...masa tu aku x bw lak handnotes,biasanya aku bawa...hmmm...x perlah,aku email dulu yg dah siap ni,nti masa amend aku tulis,hrp2 masa tu dh igt balik.
back to the topic.insyaALLAH,khamis ni dining table, new bedroom set n de most impt thing my study table will be arrived.x sabr nak deco my study room lak.bilik depan yg ngadap swimming pool,ku jadikan study room dgn konsep warna biru putih.hehe...cuma buat masa skrg,susah nak study time siang kat umah sbb umah lain sibuk buat renovation.bunyi bising yg teramat rasa otak ku lak yg do drill.hehe
bilik tidur ku pula akan berkonsepkan bnga2 cikit.wah romantik gitu.tu pun sbb bedsheet ku konsep bunga2 ala2vantage...bilik belakang dijadikan 2nd bedroom utk parents n guests. size blik2 yg lain kecuali bilik master, sama jer. konsep bilik kedua ni,ijau.bg nmpk luas sikit ngan kaler ijau terang ni.asalnya nkkaler natural sbb tu beli curtain kaler krim,tp bedsheet kaler krim or natural x der lak.so,aku tukar konsep kaler ijau n sedikit modern.no bunga2.wallclock pun aku beli kaler ijau dh.
dapur pun kaler ijau.tp ijau putih.electrical item kaler gelap2 sikit br nmpk elegance.haha...konon2nya lah. smpi fridge aku pun kaler itam tau.kwn2 ada ckp,sape kawen ngan aku nti kra cuci kaki jer...yer ler tu, apa susah,hantran kasi up lagi.or,duit blnja pun kasi up lg n also bonus.hahaha
nak tgk gambr, aku dh upload kat fb.akan menyusul pertambahan gambar lg
hse warming,tgu budget ok.hehe
k,lah,nk email Dr siti draft bab konsep aku lak.
wassalam
Posted by Dr Nurs 0 comments
Friday, November 27, 2009
aidiladha
salam aidiladha...
kali ni tak rasa macam raya pun.last year raya korban, ikut mak n ayah solat aidiladha ke kg lasah sbb mak n ayah buat korban kat sana, thn ni memang dok umah jer. rumah pun tak le sekemas mcm nak raya.hehe...cuma bezanya raya yg ni ngan adilfitri yg lalu, family kak long n abg rizal raya kat cni.so, bising le ngan bebudak.
lepas zuhur, g ke taman pegawai kerajaan taiping ngan mak n ayah sbb g tengok ustaz yahya kawan baik ayah yg baru operate jantung.alhamdulillah, dah sihat. sampai umah dh maghrib, mandi n tunggu last episode of nur kasih.
emmm...lebih kurang sebulan lg, genap le setahun aku berstatus pelajar PhD dan bercuti belajar.ada lagi 2 thn utk memegang gelaran ni, insyaALLAH.semoga perjalanan PhD ku dipermudahkan seperti yang dirancang. pilot study dah selesai, dan insyaALLAH, dlm bulan depan dah boleh start data collection.ramai yg ckp aku ni cepat gak collect data.x tau nak jawab aper, tp ikutkan time frame aku, memang target aku masuk thn kedua dh collect data.lagipun aku fikir yg aku ni buat qualitative method yg melibatkan temubual mendalam dengan responden.teknik ni bukannya sekali jumpa dah boleh dapat data, 2 kali jumpe pun belum tentu.cuma doaku, biarlah semua responden aku ni nanti dpt memberi kerjasama sepenuhnya.amin amin amin
a few weeks before aidiladha, i was very bz with my new hse, x berapa nak sentuh about my writing.nak2 pulak, supervisor aku dah bagitahu yg die nak settlekan dua students lagi baru nak tengok semula my writing.means, dlm mid of next mth baru turn aku utk dikerah2kan semula.hehe...last aku jumpe Dr masa presentation 2 weeks ago.dah Dr ckp macam tu, lagi le aku ni dok melahu lagi kan..kiki.walaupun sebenarnya, sebelum tido tu dok terbayang2 jer lagi apa yg patut ditulis. non stop thinking!!!!!!
ok lah...semoga aidiladha tahun ni disertai dengan pengorbanan bersulamkan keimanan n ketaqwaan kepada ALLAH.
wa ilal liqa' :)
Posted by Dr Nurs 0 comments
Saturday, November 7, 2009
ceritera dugaanku+kesabaranku
wah,lama nye x update blog...byk perkara yg x sempat diluahkan disini.recently mmg bz n mengejar masa.dr kisah pilot study, laptop rosak,brake pad kereta haus, presentation, nak masuk rumah n mcm2 lagi. semuanya berlaku dlm tempoh 2-3 minggu ni n semuanya melibatkan duit. tgh2 nak pakai duit, mcm2 yg berlaku..ni ler yg dinamakan dugaan menguji kesabaran.
kisah pilot study ku 2minggu lps.boleh masa aku tgh interview respondent kat umah die n record interview kitaorg, anak die main recorder n x perasan die off kan button record.blk umah br aku perasan x direkod...aku igt mmg aku on kan button rec n nmpk lmpu merah menyala.ntah mcmane ku x perasan lak anak die off.huhu..tp nasib baik, aku ader wat field notes n itu dikira sbg data kite juga.alhamdulillah.tp kecewa gak sikit sbb bile kite rekod,bile2 free kite leh dgr smbil wat keje
dlm minggu yg sama gak, brake pad personaku haus...melayang RM124.40.sebelum tu dh abis lebih RM1k utk amik kunci umah ku...uwa!!!!!!!!minggu yg sama gak, laptop lak wat hal.g anta repair,kena RM25o.nasib baik juga ada another one mini loppy boleh lecontinue writing.jarang guna yg ni sbb bile menaip berpinar2 mata sbb kecik. ..alhamdulillah,ALLAH masih bgku nikmat utk menulis thesis walaupun sakit mata tgk skrin.:)
minggu ni lak...sabtu (smlm),dok rumah je.turun bwh pun x.mmg smlm nak rehat2 jer kat umah.mula tu ada terpikir gak nak study kat ukm tp mood study x der.so, sabtu tu, sapu sampah,bsh baju,sidai baju, bkr ikan, dok dpn tv smpi mlm. ptg tu lapar tgk kat dapur dh x der ape, maggi jer ader.mkn je le maggi.mlm dh xmkn dh,kenyang.hehe...smlm, even nak on laptop pun mls.mmg smlm aari aku bermalas-malasan n rhtkan otak!!!
ahad ari ni,g ukm tp dh lmbt pun g, kul11.30 br kuar umah.then,alang2 dh nak lunch, g ler mkn kat nasi ulam restaurant kat bangi...sedap gak sbb die byk ulam-ulaman.as usual,aku amik syr n ulam je la.then, singgah ramly halal mart kat sebelah restaurant tu jer.teringat kat umah dh x der aper..beli le koktel n capati segera.abis membeli br le ke ukm.wat keje kat bilik ofis je.smpi ofis,solat zuhur dulu then br continue amend pwr point untk presentation rabu ni.x byk pun, sikit jer nak amend lps Dr siti hajar comment jumaat lps.sejam dh siap,alhamdulillah. walaupun amendnye sikit tp bile dok umah smlm, mmg x dernye berusik.. tu yg ari ni ngan semangat nk siapkan amend,ku gagahi jugak dtg ukm.
besok, wat keje kat um boleh concentrate on my thesis writing jer.chaiyok!!!
Posted by Dr Nurs 0 comments
Monday, October 12, 2009
Puasa Syawal
Alhamdulillah..hari ini selesai sudah hutang puasa Syawal ku . selagi tak habis selagi tu terasa terhutang. dah ler aku start berpuasa last week, memang lambat tahun ini aku start puasa.banyak halnye..hehe..last week, isnin sampai jumaat aku puasa.mula-mula terasa juga penatnya.masuk hari kedua, dah ok dah. menu berbuke ku boleh dikatakan hari-hari berasaskan sup, tak kira ler bihun sup ker, sup ayam ker, sup tulang ker..maggi sup pun termasuk gak tau. dok sorang2, macam ni, makan ikut dan jer :P. kalau tak buat puasa syawal ni, terasa kurangnya...bila dah selesai, baru terasa puasa penuh.
puasa ganti ku ada lagi satu hari.cadang-cadangnya khamis ni aku puasa. masa tu dah ada kat sg siput kot. ingat hari rabu lepas dengar talk kat UM nak terus balik. maleh nak patah-patah balik. lagipun dr UM aku boleh keluar terus ke Damansara ikut jalan belakang.save time, petrol n money too. itu hanya planning ku...
esok, disebabkan aku raya syawal, aku tak puasa.raya kat library UKM.haha...if jumpa kawan-kawan ku di UKM, nak ajak lunch together. lama sangat tak jumpa dorang. last week jumpa Vanessa sekejap jer sbb aku rushed nak ambil backdated cheque aku kat Bendahari, then nak ke CIMB lak utk deposit. tak sempat nak chatting lama-lama ngan V.in fact, masa tu aku risau pasal kereta aku sbb aku parked dekat dengan palang keluar. bagi aku memang ler tak blocking kereta lain lalu, tp mana ler tahu kan, kot2 terkena lak. UKM ni memang le miskin parking.walaupun kat faculty aku, hanya kakitangan jer yang boleh masuk tempat parking berpalang, tapi sama jer susah nak dapat parking dan berebut lak dengan students, silap-silap kena parking pulak kat DECTAR. sebab tu masa aku belum cuti belajar, aku akan pergi kerja awal pagi sebelum pukul 8 pg kalau boleh dah masuk pagar UKM. dan sekarang, biler dah cuti belajar, aku datang office untuk ambil surat bila weekend or waktu petang bila orang dah balik kerja.hehe...so esok, disebabkan aku nak study kat UKM, lepas subuh aku dah kena keluar.huhu...
ok, continue working + stir frying (tiru cakap kak suzie...kiki)
Posted by Dr Nurs 0 comments
Monday, October 5, 2009
my study progress
dh masuk bln 10 pun.lagi 2 bln cukup le setahun aku blajr kat um nih...huhu..bukannya seronok tp rs risau n takut jer ni.tmbhn pulak, supervisor aku dh nak g sabatical kat uk n columbia for 4 mths starting december.bile tarikhnye aku x pasti.yg pastinya aku kena siapkan cepat2 mana2 progress penulisan; konsep+literature review cepat. ALHAMDULILLAH, bab 1; skop kajian+methods aku dh ok so, sementara nka tunggu die kembali ke malaysia, aku boleh dah collect data.insyaALLAH n AMIN..so far, data collection adalah next progress ku bln 11 ni sbb bln 10 ni aku kena bentang kat seminar ijazah tinggi.hopefully semuanya ok sgt2, so, x der le ganggu planning. Phd ni mmg le kena planning (Planning+hardworking+doa) baik2.nmpak je mcm relax, ye la, kelas x der, cuma research n menelaah buku, tp sebenarnya memerlukan kekuatan mental, fizikal n de most important thing is SPIRITUAL.waktu driving pun leh terigt2 apa yg kite baca n tulis.waktu shopping pun leh teringat gak tau.hehe...
1st thing aku kena buat sekarang ni adalah perbaiki sikit2 skop aku.supervisor aku ckp dh ok cuma cara aku menulis skop tu perlu lebih mature dgn assimilate both models yg aku gunakan.ye lah, yg aku buat, aku terangkan satu2 model tu.bkn aku x try assimilate tp x pandai nak buat.td ms jumpe supervisor, Dr pun ajarlah caranye.so, dptlah ilmu baru.Dr ckp, x semua students Phd bwh die, dia suruh wat, tp sebab die tgk aku boleh buat n in fact aku pun lecturer gak, so, nti senang bile dah masuk keje n ajar students. terima kasih DR!!!luv u!!! muahs!!!
Posted by Dr Nurs 0 comments
Sunday, September 27, 2009
raya
seminggu dh kite beraya n seminggu jugak le aku beraya.beraya sakan?x gak sebab asyik teringatkan kan study.after raya ni kira aku kena lipat gandakan usaha. kira dh masuk 2nd phase of my study:data collection...mcm x biase lak wat research..bkn x biasa tp yg ni sbb PhD ku...mcm2 boleh berlaku.aku berdoa moga urusan belajar ku dipermudahkan ALLAH. AMIN AMIN AMIN...mcm2 yg aku dgr penglaman kwn2 yg smbung n dh dpt PhD..ada yg senang dan ada yg susah, perit,menangis, x tdo n mcm2 lg...risau jd nye.
raya thn ni, kakak n abg aku beraya ngan mentua deme.so, tinggal lah aku n 2 org adik yg single ni beraya kat cni.sunyi rs x der bebudak.tp thn ni pg2 sblm solat raya dh gerak ke kg ayah.kg enggor, karai. lame rasanya x beraya kat sana..wah, br terasa ada kg..hehe. lps solat, dok mkn2 jap n terus beraya umah sedra mara yg lain. smpi senja gak le br balik ke rumah.tu pun sib baik x ke kg mak lg. kg jawang (yg baru2 ni terglamor sbb kes kartika tu..huhu).mlm tu doa smg x der sape le yg dtg..haha..penat betoi rasanya...tdo awal sbb raya kedua wat mkn2 ckit.
raya kedua tu mmg ramei yg dtg smpi ke mlm.mee, bhun n spaghetti abis laku lah. hehe.alhamdulillah. raya ketiga dok umah je.mak n ayah g kenduri kahwin, tp kami adik beradik x pegi.yg kelakonya, ayah aku siap tutup pagar lg.haha..selamat, x der le org dtg. raya keempat...aku lak g beraya ngan schoolmates aku kat area ipoh termasuk g umah cikgu hendon.seronok dpt jumpe cikgu tp kena smash gak le sbb umah cikgu kat beranang dekat ngan umah aku kat kajang utama.hehe..
raya ke lima, aku n family sambung lg beraya ke kati, tnh merah n lubuk merbau. sekejap je, by 3pm dh ada kat umah.smpi umah je, adik-beradik mak yg dok luar perak lak serbu...riuh rendah le umah aku. raya ke 6, lps zuhur kami (semua adik beradik termasuk kakak n abg aku yg dh balik sg siput) gerak ke KL sbb esoknya ada kenduri aqiqah kat umah wan siah (adik mak). sblm ke umah wan siah, kami singgah umah adik mak kat rawang then ke putrajaya umah anak sedara ayah.lps tu br le ke umah wan siah.check in hotel wan siah kul 12 tgh mlm.hehe
sabtu (raya ke 7, pagi2 dh wat keje kat dapur, goreng ikan bilis nak wat sambal ikan bilis petai.kul 12tghari, jemputan dh smpi. ramai sesgt smpi rasa x cukup tgn n nasi abis lah. yg plg best laksa kuale yg sepupu mak masak. marvellous!!! ptg tu jugak kami balik ke sg siput.aku pun balik gak.hehe...rabu dpn br balik ke KL semula...
so, ari ni agak rehat ckit.lps zhr je ada kakak ayah n adik mak yg dok cni gak dtg beraya.
scra keseluruhannya raya thn ni byk berjln tp bukan kumpul duit raya.huk huk. nk tgk gambo, tgk kat facebook aku ek...
salam syawal n pose 6 :)
Posted by Dr Nurs 0 comments
Friday, September 18, 2009
SELAMAT HARI RAYA
Mohon kemaafan atas segala kesalahan sepanjang perkenalan kita.
Ramadhan yang berlabuh, di harap memberi syafaat kepada kita semua.
Kullu 'am wa antum bil khair.
Jemput datang ke rumah: No 1, Kg. Bahagia, 31100 Sg Siput (U), Perak. Hari Isnin ada buat bihun, mee dan spaghetti sup untuk tetamu yang hadir.
Posted by Dr Nurs 0 comments
Wednesday, September 16, 2009
Graduan UIAM Syahid Di Bumi Palestin
Source: Martinelli's Blog (http://blogs.iium.edu.my/martinelli)
Semalam sewaktu menunggu waktu berbuka puasa saya dikejutkan dengan berita Bro. Ubaida M.A AlQudsi syahid di tanah tumpah darahnya Palestine kerana ditembak oleh askar Israel laknatullah. Hampir tercampak telepon yang saya pegang mendengar berita sedih itu.
Saya menalipon rakannya, Herbawi, untuk mengesahkan berita itu. Herbawi dengan nada sayu menjawab, “Yes madam, he was shot by the Israel army 2 weeks ago and passed away yesterday.”
Sepanjang belajar di UIA Ubaida sangat aktif dalam IIUM Al Aqsa Friends Society dan juga nasyid. Beliau baru saja menamatkan pengajian komunikasi dan pulang ke kampung halamannya Palestine selepas selesai peperiksaan semester lepas. Dikatakan bahawa dia ditembak selepas solat di sebuah masjid di kampungnya di bandar Al Khalil (Hebron) semasa melalui sekatan jalan oleh tentera Israel. Pihak Israel menuduhnya hendak menikam salah seorang tentera…. alasan biasa yahudi untuk menghalalkan tindakan mereka membunuh rakyat Palestine. Beliau dibawa ke hospital dan koma selama 19 hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Kelab Al-Aqsa Friends Society adalah kelab yang sangat aktif menjalankan program2 kesedaran menyelamatkan Masjid AlAqsa. Kebanyakan ahlinya adalah pelajar Palestine. Ubaida pernah menjadi salah seorang pimpinan kelab ini. Mereka sering ke pejabat saya untuk membincangkan program dan pengurusan kelab. Merekalah diantara ribuan anak didik yang saya sayangi di UIA ini. Melihat wajah2 mereka akan membuat anda terasa kecil kerana jiwa muda mereka yang penuh dengan semangat perjuangan. Jasad di UIA tetapi hati nun jauh di negara tercinta. Dengan perasaan dilselubung cemas sepanjang masa kerana mengenangkan nyawa keluarga yang tidak putus2 diancam yahudi, mereka masih terus belajar untuk meraih ilmu.
Kalau anda biasa beri’tiqaf di IIUM SHAH’S Mosque sepuluh Ramadhan terakhir ini anda akan melihat kumpulan pelajar2 ini membawa walkie-talkie kerana menggerakkan usaha menghidupkan Ramadhan di masjid ini . Saya dapat rasakan perasaan cinta mereka pada masjid UIA yang merupakan menifestasi dari cinta mereka kepada Masjidil Aqsa yang mereka perjuangkan.
Syahidnya Ubaida akan semakin membakar semangat rakannya2 di sini.
Ini merupakan pemergian ke dua graduan yang bakal menerima skrol semasa konvo 2009 yang akan berlangsung bulan depan. Sebelum ini telah pergi Shafawati yang aktif dalam Kelab Mentor-mentee Gemilang kerana sakit Leukimia. Anak sulung dari 8 beradik berasal dari Sarawak, Shafawati yang dikenali sebagai Kak Sha di kalngan juniornya sangat peka dengan masalah masyarakat sehingga sanggup menghabiskan masanya dalam kerja2 kemasyarakatan CENSERVE tanpa memperdulikan penyakitnya.
Kedua2 mereka adalah hasil produk the Garden of Knowledge and Virtue yang benar2 menterjemahkan ilmu yang mereka dapati dalam bentuk bakti suci buat ummah tercinta. Pemergian mereka yang ditangisi oleh teman2 akan menyemarakkan lagi semangat cintakan ummah di kalangan pelajar2 UIA seluruhnya.
Konvo 2009 dijangka paling syahdu kerana pemergian 2 graduan yang menemui Tuhannya sebelum sempat menerima skrol dan pencapaian dua orang insan istimewa Nik Nor Ermiza dan Fahmi.
Ya Allah berikanlah kami kekuatan untuk terus membantu menghasilkan jiwa2 besar dari UIA yang bakal memimpin ummah tercinta ini. Ameen Ya Rabbal ‘Alameen.
Posted by Dr Nurs 0 comments
Friday, September 11, 2009
Writing oh writing!!!
almost a week i even didn't update my lovely blog. besides bz wif the last few days of ramadhan, i was still thinking of my thesis writing. huhu...it's not easy for me to understand what is social welfare all about. the more reading i got, the more 'stupid' i am. makin digali makin terasa sedikitnya ilmu yang diperolehi. bila berbincang ngan kwn2 yg seangkatan, mereka pun rasa perkara yg sama..so bukan le aku rasa je yg rasa lacking sebegitu kan? hehe...
then, minggu ni aku dpt 2 email berturut2 hari dr my lovely supervisor Prof Madya Dr Siti Hajar Abu Bakar Ah. first email pasal bab 1 n metod bab yg dia minta aku masukkan dlm bab 1. aku wat metod dlm bab yg berbeza iaitu bab 2. mcm pelikkan? kalu ikut ukm, metod in bab 3.tp UM punya sistem x kisah mana2 pun, x rigid janji benda tu ada dlm thesis kite. dulu masa mula2 Dr suh aku wat metod dlm bab 3, last week aku jumpe Dr mta aku masukkan dlm bab 1. tu le, kite ni manusia mmg pelupa. aku pun try squeezing bab metod into bab 1. bile aku tgk balik apa yg aku dh squeeze kan, aku lak jd fenin, so aku email Dr bgtau apa yg aku fikirkan. then Dr reply bgtau yg Dr dh buatkan utk aku.wadus...teruknya aku?Dr yg bz woman lak yg buatkan. actually, Dr Siti ni mmg le the very bagus,very proactive,n semua yg bgs n sepatutnya ada dlm diri pensyarah n penyelidik. kerja Dr perfect n tak bertangguh2.no wonder Dr boleh dpat title Prof Madya dlm usia 30-an. n dah byk books yg Dr tulis.KAGUM rasanya.
Dear Adah,Okay, saya terima dah instrumen kajian you. Akan baca & contact you semula. Ada cara utk assimilate idea tu. Apabila kita berjumpa sekali lagi saya akan ajat you caranya. One more thing, Ph.D is about acquiring new skill and knowledge. It is about you my dear ; not about satisfying your supervisor. Your supervisor job is to facilitate you to acquire the knowledge and skill. The other thing that emerge in all supervisor minds is how to help the students to pass.(statement yg ni buat aku realize kata2nya,yap..aku agree ngan Dr, PhD is not abt satisfaction only but also we need to look for a new intervention/findings in such area)
Take care
Dear Adah,
Saya sempat tengok-tengok instrumen you pagi ni. Very good. Ada sedikit aje pembetulannya. My last advise regarding the instrumen - MAKE SURE ALL ANSWERS FOR ALL YOUR RESEARCH OBJECTIVES ARE INCLUDED . Bila you dah betulkan, I nak tengok sekali lagi & then CONGRATULATION, lepas raya boleh le pungut data & juga bentang dalam seminar Ijazah tinggi Jabatan -mengenai rekabentuk kajian & instrumen design ye. Take care my dear. kalau kita tak jumpa lagi, SELAMAT HARI RAYA.
aku berdoa spya aku dpt jd efisien mcm Dr Siti Hajar. cepat berfikir n menulis ngan amat baik. Pray for me..amin amin amin :)
"PhD is learning process which includes creativity n commitments.It is not a sign of intellectualism".
Posted by Dr Nurs 0 comments
Wednesday, September 2, 2009
students' assignment
huh..br lps marking assignment student master...dah lame aku minta dorang submit, rasanya ada le dlm sebln, so br mlm ni aku berkesempatan menanda n terus email marks pd penyelaras program. kesian dorang...nasib baik le students 9 orang je kan...hehe...lps ni kena prepare soalan lak.1 soalan je pun kena prepare sbb subjek ni ramai pensyarah sambilan yg ngajar. then kalau soalan aku terpilih utk final exam, so ada le tugasan lain menanti aku utk baca answer script dorang lak.
settle bab ngajar sambilan, lps ni aku InsyaALLAH akan mula collect data.probably after raya. selasa ari tu ada jumpe supervisor jap, then dia ckp dia confident tuk lpskan aku collect data dah. peruntukan pun dh dpt dr research management UM..yg kelakonye, aku minta 10k dorang luluskan 3k je tau..tu pun utk collect data n attend conference. may b sbb baru thn pertama kot.nti next year boleh apply lg. syaratnya, aku leh apply 3 kali (total 30K), setiap kali apply max 10k..so boleh le utk aku guna tuk present paper n etc.
k, lah bln2 pose ni kena tdo awal sikit sbb nti nak bgn tahajud n sahur lak.
mendoakan yg terbaik n dipermudahkan segala urusan kita. amin amin amin :)
Posted by Dr Nurs 0 comments
Sunday, August 30, 2009
social policy-social welfare-community care
Posted by Dr Nurs 0 comments
Saturday, August 22, 2009
ramadhan ya ramadhan
alhamdulillah, smlm aku dh abis 1 juzu'.ari ni hrp2 leh abis yg kedua lak.as usual lepas subuh td terus baca. akan disambung after dhuha n zuhur, insyaALLAH. aktiviti bulan ramadhan mcm ni lah seperti biasa, mlm g terawih.n dh jd student ni...lepas terawih study tu perlu. tidur sekejap sblm sahur sbb nk bgn tahajud. ni wajib bg aku especially bulan penuh kenikmatan, keberkatan n kerahmatan ni. normally, lps ngaji subuh br aku tdo blk..
bln pose ni aku masih meneruskan diet aku..so far nmpk menjadi..alhamdulillah...hrp2 aku dpt kembali pd berat yg ideal..
selasa ni akn ke jln tar tuk shopping raya bersama2 kak long.hehe..better g awal spya x sesak n dpt tumpu pd amalan2 yg lain. yg aku perhatikan, org malaysia ni selalu bz ngan persiapan raya bile dh smpi 10 mlm terakhir.kan lbh baik mlm2 terakhir tu ditambahkan amalan. persiapan raya wat awal2 kalau boleh sblm raya dh siap semua. harap2 aku tak tergolong dlm golongan mereka2 yg alpa...
doaku semoga ALLAH memberi keampunan pada ku, dipermudahkan perjalanan Phd ku n tamat dlm tempoh yang ditetapkan tanpa sebarang masalah, diberkati rezeki dan pekerjaanku. AMIN AMIN AMIN
Posted by Dr Nurs 0 comments
