BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, March 4, 2010

lawatan ke PSIAKU AZWAR

semalam,4/3/10, aku dengan 2 orang students tahun 2, sarjana kerja sosial perubatan (SKSP) UKM buat lawatan sambil belajar ke Pusat Sokongan Ibu dan Anak Kurang Upaya, Taman Batu Muda, KL. pd awalnya plan pergi dengan transport PPUKM (formerly known as HUKM) tp transport penuh so last min pergi dengan kereta aku jer.lagipun 2 students tu perempuan n kira my junior dlm sksp.actually, kawan ku pn hazlina yg jd penyelaras prog SKSP ni invite join lawatan ni, dan secara kebetulan mmg amat kena mengena dengan research PhD ku, so mmg aku nak pergi sesangat. pusat jagaan ni pun sebenarnya pernah keluar tv3 dalam program aduan rakyat sbb ibu2/penjaga/pesakit kurang upaya itu sendiri tidak mendapat pembelaan sewajarnya dari agensi berkaitan esp Jab. Keb. Masyarakat.aku yg secara x sengaja tonton prog tu (masa tu ada kat umah kwn-kak zaila)terkejut ler sampai pengarah JKM pun turut turun padang ke pusat tu.haa, bile dah masuk tv baru terngadah gamaknya.dlm erti kata lain, benda ni mencacatkan sedikit JKM ni dan social worker.:(



so, smlm, kami tiba dalam kul 2.15ptg.sesat sikit mencari tempat ni.nasib baik aku mmg tahu kat mana taman batu muda ni.cuma alamat yg diberi x lengkap, sepatutnya jln batu muda 10, tp 10 nya tertinggal.x tahu silap pn hazlina ke ape (hehe--jgn marah tau kak ina).apa2pun selamat sampai jugak.rumah bungalow 2 tingkat yg byran sewanya 2k sebulan!!!!umah nye mmg besar, cantik dan kemas.masa kami sampai, ada 2 anak kurang upaya bersama ibunya kat situ.sorang umo 13 thn n sorang lagi 11 tahun. pusat ni mmg dibuka setiap hari termasuk hari minggu.lebih kepada family support group.berbeza dgn pusat jagaan lain yg ada spesifik prog mcm pemulihan or therapy kpd OKU ni, pusat ni x der spesifik prog.mereka boleh dtg bila2 masa tnpa bayran yg ditetapkan.anak-anak OKU yg ada kat sini mmg betul2 dijaga n dipantau.kebersihan amat ditikberatkan. in case ibunya bekerja, anaknya boleh dihantar ke sini. apa yg menarik, walaupun tiada spesifik prog utk mereka, tp aku nmpk hubungan dikalangan ibu2 penjaga amatlah erat.itu yg kita nak sebenarnya.walaupun mempunyai anak yg sebegitu, tetapi mereka tetap tabah dan sabar menjaganya dengan berkongsi pengalaman penjagaan.ada yg di diagnos sejak dr dalam perut ibu, sejak lahir dan ada juga setelah boleh berlari n petah bercakap.x kurang juga yg disebabkan genetik (ada 3 beradik yg dapat CP (cerebral palsy)sbbkan faktor ini di sini).



dlm lebih kurang 15min kami tiba, sorang demi seorang ibu dan anak OKU yg dtg. semua anak OKU yg aku lihat, muka mereka amatlah bersih n bercahaya2.subhanallah, inilah nur yg diberikan kepada mereka. setlah berbincang dgn kak Shara (pengerusi pusat n pengasas)., aku sempat tembual seorang ibu yg menjaga anak perempuannya yg berumur 3 thn n (iffah namanya).menrut ibunya, anak kecil ini baru menghadapi masalah sejak umor 1 1/2 thn.sebelum tu, anaknya mmg sihat.ibu sempat menunjukkan pada aku gamabr anaknya sebelum sakit menerusi hp nya..sejurus melihat gamabr anak itu semasa sihat, air mataku mengalir.mmg anaknya comel dgn rambut ikal mayang, putih n nmpk aktif!!!berbeza dgn keadaan skrg yg hanya terlantar, makan pun hnya minuman susu pediasure dengan menggunakan tiub disambung dr idung.bila ditnya apa puncanya, ibunya menjawab setelah diserang epilepsy @ sawan. banyak juga aku bualkan dgn ibu tu tp cukuplah sekadar itu sbb yg lain adalah utk kajian ku. aku attachkan gambar iffah kat sini yg hnya terbaring.ibunya ckp, siang dia tidur sbb dh bg makan ubat, mlm die x leh tdo sbb x mkn ubat.mmg ibunya sengaja x nak bg selalu sbb risau effect yg lain.



kami x boleh lama kat situ sbb belum solat zohor.hampir ke pukul 4ptg, kami beransur pulang, tetapi sebelum itu, sempat menjamah bihun goreng yg disediakan. semakin kami nak pulang, ada 2, 3 orang ibu yg dtg, sempat berkenal2an sedikit.dan aku pun telah buat temujanji dengan kak shara utk hadir lagi pada isnin depan utk temubual selanjutnya.



banyak sebenarnya yg nak dikongsikan pasal mereka walaupun pertemuan hanya dalam 1 jam 45 min.tp dah2 le tu, nanti insyaALLAH, ada kelapangan akan ku ceritakan lagi. semoga ALLAH memberi mereka KERAHMATAN.amin amin amin

(gambar di facebook)

0 comments: